.... Muhyiddin Menyesal, Beliau Sekadar Seorang Lagi Wan Azizah Tanpa Kipas Jepun | AAKJ



Saya sentiasa berkata bahawa perkahwinan mesti lahir dari cinta dan bukan dari kebencian. Perkahwinan berdasarkan kebencian tanpa unsur cinta tidak akan bertahan. Ada yang mengatakan perkahwinan dengan motif boleh bertahan walaupun tanpa elemen cinta kerana cinta boleh dipupuk kemudian setelah berkahwin.

Itu mungkin benar untuk beberapa perkahwinan yang tidak lahir dari cinta. Cinta boleh berkembang kemudian setelah berkahwin. Tetapi jika asas perkahwinan adalah benci. Jarang kebencian bertukar menjadi cinta.

Perkara ini merupakan masalah ANC (Kempen Anti-Najib), yang kemudiannya membentuk parti Melayu, Pribumi. Tidak ada kasih sayang antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin. Hanya ada perkongsian kebencian terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Satu-satunya sebab Mahathir dan Muhyiddin serasi bersama kerana kebencian yang dikongsi terhadap Najib.

Kami melihat senario ini semasa Perang Dunia II. Amerika dan Rusia membenci dan tidak mempercayai satu sama lain tetapi kedua-dua mereka lebih membenci orang-orang Jerman. Mereka menjadi sekutu dalam perjuangan menentang Jerman. Tetapi apa yang berlaku selepas Jerman kalah pada tahun 1945? Amerika dan Rusia kembali membenci satu sama lain dan hampir merosakkan dunia pada tahun 1960-an.

Pribumi dilahirkan dengan cara yang sama, ia tidak dilahirkan daripada perkahwinan berdasarkan cinta (antara satu sama lain) tetapi daripada perkahwinan berdasarkan kebencian (kepada Perdana Menteri). Dan perkahwinan itu adalah resipi yang mengundang bencana, sebagaimana Pribumi telah terbukti. Dari perkataan ‘go’ mereka tidak dapat bersetuju mengenai banyak perkara dan dari awal mereka tidak mempercayai satu sama lain dan bermain permainan “one-upmanship”.

Apabila anda bermula dengan krisis ia akan sentiasa menjadi krisis dalam setiap langkah. Kini Muhyiddin menyesal. Beliau amat bodoh membayangkan bahawa penyingkiran Najib membawa keuntungan baginya dan jika Najib disingkirkan beliau akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri. Beliau kini menyedari dia adalah “leverage” semata-mata dan “leverage” tidak pernah menjadi “real benefactors”.

Apabila mereka sampai ke peringkat membentuk Pribumi, Mahathir muak dengan masalah Muhyiddin. Mahathir menyedari bahawa Muhyiddin tidak benar-benar berwibawa atau boleh dipercayai dan akan merosakkan setiap tugasan yang diberikan kepadanya. Sama ada ia adalah ketidakcekapan atau hanya kelalaian tidak penting tetapi ia semua menjurus kepada “never ask a boy to do a man’s job”.

Semasa Pribumi mula digerakan, Mahathir sepatutnya menjadi presiden parti dan Muhyiddin timbalannya. Sudah tentu, Muhyiddin betul-betul marah dengan perkara ini dan dia merajuk. Muhyiddin tidak mahu menerima apa yang dia anggap sebagai turun pangkat. Ini akan membuat status beliau dibawah Mat Sabu dan dia tidak boleh lebih rendah daripada itu.

Mana boleh dari seorang Timbalan Perdana Menteri dan orang nombor dua parti terbesar menjadi nombor dua parti nyamuk? Malu besar! sedangkan Mat Sabu dan Tengku Razaleigh Hamzah tidak perlu tunduk sebegitu rendah dan mereka menjadi presiden parti mereka.

Memilih Muhyiddin sebagai orang yang bertanggungjawab bagi parti itu seperti meletakkan “Jonah in charge of the ship” dan semua orang tahu bahawa “Jonah” hanya akan menenggelamkan kapal. Begitu rendah pandangan Mahathir terhadap Muhyiddin. Tetapi Mahathir tidak mampu membiarkan Muhyiddin merajuk dan mengumumkan beliau tidak menyertai parti Mahathir, tidak kira samada penting atau tidak parti berkenaan.

Jadi Mahathir mengalah kepada kehendak Muhyiddin dan bersetuju untuk membenarkan beliau menjadi presiden parti selagi Mahathir sendiri menjadi pengerusi parti dan boleh menarik sengatan dari belakang tabir – sama seperti Anwar Ibrahim dan PKR yang memainkan peranan de facto daripada di sebalik dinding Penjara Sungai Buloh.

Walau bagaimanapun, Muhyiddin masih nombor dua tetapi memakai tag nama nombor satu (seperti Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah presiden parti selagi Anwar dapat membuat semua keputusan). Oleh itu, kini Mahathir berstatus sama seperti Anwar, manakala Muhyiddin pula kini berstatus sama dengan Wan Azizah (tanpa kipas Jepun).

Bak kata Chubby Checker : how low can you go?

Ramai pihak melihat ini sebagai “the greatest political disgrace”. Mahathir dikenali sebagai seorang yang sangat angkuh dan tanpa kompromi. Mahathir tidak akan menerima penghinaan. Tetapi hari ini Mahathir menunjukkan yang dia juga akan menjilat kembali ludah sendiri jika perlu, yang anda boleh lihat dalam gambar di bawah.







Saya tidak pernah terfikir yang saya sempat melihat hari dimana Mahathir menjatuhkan maruah di tapak kaki Anwar semata-mata untuk memenangi pertarungan menentang Najib. Hari ini, orang tua itu membuktikan bahawa saya salah. Saya gembira sempat melihat Mahathir menjadi begitu terdesak untuk menggulingkan Najib sehingga dia “drop his pants and bend down” jika perlu.

Isu di sini bukan sahaja mengenai Mahathir akhirnya memeluk Anwar. Perkara ini mempunyai implikasi yang lebih besar dan meluas. Ia menunjukkan bahawa Mahathir akhirnya membuat kesimpulan bahawa Muhyiddin sangat tidak boleh diharap sehingga dia tidak mempunyai pilihan selain membuat perjanjian dengan orang yang dia pernah ludah.

Muhyiddin mula sedar dia mungkin tidak lagi menjadi “kuda” kegemaran apabila dia tiada pada 26 Julai 2016, plot yang Malaysia Today katakan dalam artikel sebelum ini.

Hanya untuk selingan sedikit, pada 26 Julai, Trio Tan Sri (bekas Ketua Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Abu Kassim Mohamed, bekas Peguam Negara Abdul Gani Patail dan bekas Gabenor Bank Negara Dr Zeti Akhtar Aziz) sepatutnya mengadakan sidang akhbar semasa majlis makan malam perpisahan Abu Kassim sebagai tindak balas kepada pengumuman 20 Julai oleh Peguam Negara Amerika Syarikat dan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat.

Pada masa yang sama, Mahathir sepatutnya mengadakan sidang akhbar dengan media asing di Jakarta. Tetapi semuanya ini tidak berlaku sehingga merosakkan perancangan dan sebelum mereka boleh “terbang” mereka telah ditembak jatuh.

Walaupun Kadir Jasin sepatutnya mengendalikan sidang akhbar di Kuala Lumpur, Tan Say Jim yang mengendalikan di Jakarta. Tetapi Tan terpaksa menyelaraskan sidang akhbar 48 jam sebelum itu, jadi dia tidak mempunyai pilihan selain membiarkan “the cat out of the bag”. Kadir juga terpaksa menyelaraskan 24 jam sebelum majlis itu tetapi pada masa itu ia bukan lagi rahsia. Kadir berkata kebocoran itu, datang dari Jakarta dan ia tidak adil untuk memanggil dia si dungu yang merosakkan segala-galanya.

Bagaimanapun, sama ada ia adalah Kadir atau Tan yang merupakan punca perkara itu, hakikatnya ialah Muhyiddin tidak berada dalam lingkaran dan tidak tahu mengenai pelan ini. Mukhriz, Kadir, Tun Daim Zainuddin, dan lain-lain masih berada dalam plot tersebut. Dan ini bermakna Muhyiddin adalah lebih rendah dari “rantaian makanan”. Dan ketika beliau menyedarinya dan ini menganggu Muhyiddin.

Hakikat bahawa Mukhriz ada dalam plot dan tahu mengenainya, apabila pada Khamis 21 Julai 2016, sehari selepas pengumuman 20 Julai oleh Peguam Negara Amerika Syarikat dan Jabatan Kehakiman, beliau dan empat yang lain meraikan ‘kejayaan’ mereka di Ben Bangsar Shopping Centre ( BSC). Jadi, ketika mereka sedang menikmati cerut mereka, Muhyiddin dibiarkan tanpa apa-apa maklumat berkenaan tindakan seterusnya, menurut Raja Petra.

Kini Muhyiddin tahu mereka meraikan di belakangnya ketika dia berada kesamaran. Jadi apakah gambaran yang Mahathir fikirkan tentang beliau? Tetapi dia telah banyak berkorban dan hilang banyak perkara hanya untuk membantu menjadikan Mukhriz Perdana Menteri.

Luka makin parah, Muhyiddin kini menghadapi s krisis serius dalam perkahwinannya. Pada majlis perkahwinan baru-baru ini Muhyiddin hadir bersendirian tanpa ditemani isterinya, yang dikatakan sangat marah dengan beliau. Isterinya dikatakan telah memberitahu ipar duai mereka yang Muhyiddin menghidap insomnia akibat tekanan yang dihadapinya.

Keluarga Muhyiddin bimbang tentang kesihatannya. Ramai yang telah berpendapat yang Muhyiddin kelihatan sangat lesu dan mereka tidak tahu sama ada kesihatannya dalam bahaya.

Muhyiddin harus membuat keputusan, politik atau keluarganya. Jika dia mahu menyelamatkan kerjaya politiknya dia mungkin perlu mempertimbangkan berkahwin dengan perempuan simpanannya, Nika Gee. Kemudian, apabila dia berbuat demikian, orang Melayu boleh memaafkan beliau kerana mempunyai hubungan sulitnya dengan seorang wanita yang sudah berkahwin, menurut Raja Petra lagi.

Tetapi jika dia berbuat demikian maka Muhyiddin perlu bersedia untuk menghadapi krisis dengan isterinya yang tidak pernah akan bersetuju dengan perkahwinan itu. Jadi, untuk menjaga keamanan di rumah, Muhyiddin mungkin terpaksa mengorbankan kerjaya politiknya.

Oleh sebab itu, Mahathir ‘pay homage’ kepada Anwar. Sekiranya Muhyiddin memilih isterinya dan bukan Nika Gee, ini bermaksud kerjaya politik beliau akan tamat, maka Mahathir mungkin perlukan PKR untuk menyelamatkan anaknya, yang bermakna Anwar menjadi lebih penting daripada Muhyiddin.

Takdir yang amat buruk untuk dihadapi oleh Muhyiddin.


Malaysia Today

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top