.... Menteri Besar Terengganu: Ahmad Razif Kekal | AAKJ



Berhubung dengan isu pertukaran Menteri Besar Terengganu yang kini sedang rancak disebarkan melalui media sosial, saya ingin menegaskan bahawa tiada pertukaran menteri besar dan khabar angin mengenai pertemuan antara Menteri Besar Terengganu, Haji Ahmad Razif Abd Rahman dengan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak yang dijadualkan pada hari ini adalah tidak benar sama sekali.

Ini kerana, dalam kenyataan Perdana Menteri sebelum ini mengatakan bahawa Ahmad Razif kekal menjadi Menteri Besar Terengganu sehingga Pilihanraya Umum ke-14 dan sebarang khabar angin mengenai pertukaran adalah tidak benar dan hanya dicipta oleh musuh-musuh dalaman politik untuk menghuru-harakan kestabilan politik di Terengganu.

Mengapa perlu mewujudkan sesuatu isu yang sudah dianggap selesai?

Berhubung dengan analisis politik yang dibuat dalam satu akhbar tempatan baru-baru ini, analisis itu dibuat berdasarkan kepada pandangan penulis dan pandangan ahli politik yang tidak mahu melihat Ahmad Razif mengetuai negeri dalam menghadapi pilihanraya. Kenyataan dan analisis yang dibuat tidak mencerminkan hasrat dan niat Perdana Menteri terhadap Menteri Besar Terengganu dan tiga lagi menteri besar yang lain.

Ahmad Razif sudah berjanji akan mentadbir negeri sehingga habis penggal dan akan “move forward”. Oleh itu, marilah kita bekerjasama dan memacu negeri ke arah kemajuan. Jangan kita terlalu berpolitik sehingga mengabaikan kepentingan rakyat.

Analisis hanya sebagai satu analisis. Analisis tidak semestinya menepati kehendak dan kemahuan.



AHMAD FAUZAN ABDUL KADIR
PEGAWAI KHAS MEDIA KEPADA YAB MENTERI BESAR TERENGGANU

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top