.... Mahathir, Muhyiddin Cuba 'Bersihkan' Jenayah Liwat Anwar Ibrahim? | AAKJ



Samada Mahathir keliru atau cuba mengelirukan rakyat Malaysia atau mungkin ianya langkah terakhir Mahathir untuk terus hidup di persada dunia politik Malaysia, semuanya boleh dibaca dengan mudah.

Rentak atau strategi Mahathir tidak sukar untuk dilihat apabila tiba-tiba Muhyiddin Yasin pula melalak kononnya berikrar untuk membebaskan Anwar. Ianya berlaku selepas Mahathir membuat 'lawatan' mengejut bertemu Anwar di mahkamah tempohari. 

Seperti biasa Mahathir akan menjelaskan beliau datang bertemu Anwar sekadar ingin zahirkan sokongan terhadap isu yang dibawa Anwar dan bukannya datang untuk berbaik. Dan Muhyiddinlah yang bertindak 'menterjemah' apa yang sebenarnya kehendak Mahathir apabila bertemu dengan bekas timbalannya dahulu.

Mana mungkin Muhyiddin berani melawan Mahathir, maka itulah jawapan kepada persoalan Mahathir bertemu Anwar.

Malangnya Mahathir masih di landasan "mengejar waktu". Parti yang beliau tubuhkan perlu mencari batu lonjatan supaya parti tersebut popular sebaris dengan DAP dan PKR serta PAS. Maka jalan yang terbaik adalah menumpang tuil terhadap isu yang mampu menjadikan parti yang beringus umurnya itu popular dengan segera. Isu berkhidmat kepada rakyat, ugama dan negara mungkin terlalu klise untuk mereka ketengahkan memandangkan selama ini tiada parti pembangkang yang mampu berkhidmat kepada rakyat lebih dari UMNO BN.

Perangai berak tak kambus dan tidak mengaku Mahathir bukan sukar untuk dijangka. Walaupun anak Anwar Ibrahim mendesak beliau supaya memohon maaf terhadap apa yang beliau lakukan terhadap Anwar, apa yang Mahathir jawab? "Saya tidak tahu tentang permintaan itu.." dan siapakah yang bakal meminta ampun dan maaf kalau bukan Muhyiddin Yasin? Lihat video di SINI.

Mungkin benar kata Zam Maidin, Mahathir sudah mencapai tahap tertinggi di dalam arena politik hinggakan layak berada di dalam circle Binatang Politik, iaitu mampu bertindak dan berbuat apa sahaja demi mencapai cita-citanya.

Apakah seorang manusia yang dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun kerana didapati bersalah meliwat atau merogol bekas pekerjanya sendiri (lelaki) kini di mata Mahathir seolah-olah ianya hanya bersifat dosa peribadi? Dosa yang terlalu kecil dan boleh diangkat menjadi pemimpin yang ulung?

Bayangkan selama 5 tahun kes ini berlangsung dengan pelbagai bukti pihak pendakwaan dan 1001 bukti pihak pembelaan yang berakhir dengan keputusan Hakim bahawa bukti cukup untuk mensabitkan Anwar sebagai penjenayah liwat. Adakah ini juga mampu ditelan oleh Mahathir demi cita-cita atau kehendaknya tidak tertunai?

Apa sebenarnya yang Mahathir mahu? Kalau mahu Najib disingkirkan dan digantikan dengan orang lain kerana sayangkan parti maka takkanlah Mahathir sanggup menubuhkan parti baharu.

Apakah Mahathir baru tersedar bahawa pilihanraya umum ke 14 sudah hampir dan antara jalan agar kehendaknya tertunai adalah dengan menubuhkan parti baru serta mengalahkan UMNO BN?

Amat besar 'benda' yang Mahathir sembunyikan sebenarnya.

USD100B? Baca “Peperangan” Mahathir Untuk RM100bilion
Masih berada di luar Malaysia?
PM Najib sebagai Menteri Kewangan tidak mahu luluskan ianya di bawa masuk? Bank Negara cuba bersekongkol tetapi dapat dipatahkan?

Apakah langkah berani mati, binatang politik dengan bergabung bersama Anwar bakal memenangkan nafsu mereka berdua diakhirnya? 

Menjadikan Anwar suci dari status penjenayah liwat bakal menggugurkan undang-undang larangan bertanding di pilihanraya? Dan Anwar bebas bertanding di PRU14?

Mereka lupa, Allah Maha Merancang dan Melaksanakan!




Foto hiasan



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top