.... Mahathir 'Menyembah' Anwar Di Mahkamah Demi Jatuhkan Najib Razak | AAKJ



Akhirnya Tun Mahathir Mohamad meruntuhkan ego beliau dengan menunggu kedatangan bekas Timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi hari ini.

Menurut Mykmu, Dr Mahathir kelihatan muncul di Mahkamah Tinggi sebentar tadi dan duduk bersama dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali di dalam kamar Mahkamah menanti kemunculan Anwar.

Sebaik Anwar muncul, Mahathir berjumpa beliau dan bersalaman, mengakhiri satu “sengketa politik terhebat dan terhina” dalam sejarah politik negara membabitkan tuduhan seksual, liwat dan korupsi berbilion ringgit antara kedua-dua mereka.

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini muncul di Mahkamah bagi kes saman beliau ke atas Kerajaan Malaysia untuk menghentikan operasi Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) atas alasan ia adalah tidak berperlembagaan.

Beliau menamakan kerajaan dan Majlis Keselamatan Negara sebagai responden dalam saman pemula yang difailkan di pejabat pendaftar sivil Mahkamah Tinggi pada Selasa.

Anwar, bekas Ketua Pembangkang itu kini menjalani hukuman penjara lima tahun kerana meliwat di Penjara Sungai Buloh.






Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top