.... Mahathir Mencari Jalan Pulang | AAKJ



Bergegas Mahathir ke London untuk hadir ke satu program yang dianjurkan oleh "Ngo pro pembangkang" di sana. Kononnya pentas yang disediakan adalah untuk Mahathir berceramah menabur fitnah supaya rakyat Malaysia menolak UMNO BN dan bukannya sekadar menolak PM Najib sebagai Perdana Menteri.

Perjuangan Mahathir yang sudah bertukar haluan 360 darjah. Secara terang-terangan tanpa rasa malu menjilat kahak jijik di dalam mangkok jamban yang beliau ludahkan sendiri selama 22 tahun. Malah bersambung ludahan tersebut ketika pencen hinggalah beliau mengamok sawan dan menubuhkan parti sendiri berlabelkan bunga.

Malangnya kehadiran beliau di London minggu lalu mendapat kritikan yang hebat. Ada peserta mengkritik tanpa selindung bahawa Mahatir sudah kehabisan modal dan segala pertuduhannya berkisar kisah lama yang mana tidak pernah dapat dibuktikan kebenarannya. Dan tanpa berselindung mereka umpamakan program ceramah Mahathir tersebut umpama "Rotinya kering dan lembik. Tidak menarik, tidak sedap".

Mahathir sedar bahawa kumpulan beliau meletakkan harapan yang tinggi kepadanya untuk terus menerus menyerang PM Najib. Apalagi kroni-kroni yang selama ini hanya mampu hidup dengan menumpang bayang Mahathir sahaja. Mereka bagaikan berdoa siang dan malam agar Mahathir boleh kekal hidup sehingga berjaya tumbangkan UMNO BN.

Mahathir sedar betapa sukarnya untuk tumbangkan PM Najib, malah beliau sendiri sudah kehabisan strategi dalam "pertandingan" ini. Mahathir menyerang, PM Najib hanya berdiam tanpa bertahan dan menyerang kembali. Strategi PM Najib membuatkan Mahathir jadi separuh gila. Bayangkan matlamat serangan Mahathir berubah dengan drastik. Dari hanya untuk menukar Presiden Parti dan Perdana Menteri kepada menjadi matlamat hancurkan UMNO BN secara total.

Mahathir sedar beliau mengejar waktu yang mana waktu tidak mampu untuk berhenti menunggu beliau. Benarlah kata bijak pandai, semakin umur kita menuju ke garisan penamat maka kita perlu berhati-hati, samada kita mati dengan akal waras atau kita bertemu Pencipta dengan akal bercelaru. Maka itulah sebabnya Nabi saw pernah bersabda, hanya manusia yang bertemu Allah dengan jiwa yang aman sahaja yang selamat di sana nanti.

Mahathir sedar Muhyiddin tidak mampu membantu, sedar betapa balacinya turut merosakkan nama beliau dan sedar bahawa anaknya Mukhriz tidak mampu memberikan masa sepenuhnya untuk membantu beliau dek kerana menurut sumber Mukhriz menghadapi kekangan isteri yang suka berulang alik antara KL-London-Paris-Dubai.

Mahathir mesti buat U-turn segera. Beliau memang terkenal dengan sifat tebal muka dan tidak mempedulikan apa rakyat kata, sedar atau tidak Mahathir dalam proses mencari jalan pulang. Bagi Mahathir, keluar masuk UMNO ini beliau pernah lakukan dahulu dan kalau perlu lakukan 1001 kali pun beliau sanggup. Lagikan kahak hijau pun beliau mampu hirup di depan Kit Siang dan Anwar.

Ramai mungkin tidak sedar, tahun ini tiada lagi individu atau korporat yang menaja harijadi beliau. 


Menurut sumber, segala proksi, kroni, funder dan yang seumpamanya sudah mula sedar betapa PM Najib bukan senang untuk ditumbangkan seperti menjatuhkan Pak Lah dahulu. Mereka juga sedar hanya melalui proses pilihanraya sahaja yang boleh menukar kerajaan secara sah dan bukannya melalui jerit pekik di depan Sogo dan Dataran Merdeka serta jauh sekali menabur fitnah di pentas ceramah pembangkang yang semakin hambar jumlah kehadirannya.

Bayangkan dari isu 1MDB dan dana politik RM2.6 billion, kini Mahathir mulakan ceramah beliau dengan "mencadangkan". Beliau cadangkan jawatan Menteri Kewangan Malaysia tidak perlulah dipegang oleh Perdana Menteri. Malah anaknya yang juga bekas Menteri Besar Kedah yang gagal mencadangkan terma baru bagi seorang yang ingin menjawat jawatan Perdana Menteri, iaitu hanya 2 penggal. Mungkin beliau bimbang kalau terlalu lama sangat maka beliau sampai mati bakal terbeliak mata, kempunan ketika ajalnya.

Mana pergi konsistensi menyerang PM Najib? Sudah habiskah gear menyerang dan terpaksa menggerakkan strategi mencadangkan? Lupakah Mahathir dan anaknya bahawa Lim Guan Eng awal-awal tolak sistem 2 penggal sebagai Ketua Menteri. Adakah Mahathir menyuruh anaknya menyerang semua termasuk dari kem sendiri? Langkah awal Mahathir supaya pakatan baru pembangkang menolak parti cap Bunga sebagai rakan kongsi?

Cadangan pembentukan gabungan pembangkang secara sah yang dibuat oleh Mukhriz yang dilihat bagaikan menerima arahan bapanya juga menampakkan cadangan ke arah sesuatu yang mustahil. PAS awal-awal lagi akan tolak selagi Mat Sabu yang mengkhianati PAS ada di dalam gabungan sah tersebut.

Sebenarnya kita jangan lupa, apabila Mahathir gerakkan tangan kanannya, tangan kirinya juga wajar diperhatikan.

Cadangan kedua beranak tersebut bukannya cadangan baharu dan untuk kepentingan pakatan pembangkang, kalau Anwar tidak mampu satukan mereka takkanlah dengan mudah Mukhriz dan bapanya mampu berbuat melebihi apa yang Anwar cuba usahakan. Ianya tersirat strategi licik kedua beranak itu, mereka mulakan langkah jalan pulang.

Cadangan yang bakal menghasilkan kacau bilau dan kucar kacir di dalam pakatan pembangkang. Kedua beranak ini menunggu hasilnya iaitu parti cap bunga ditendang keluar daripada gabungan pembangkang. Alasannya mudah, nama Mahathir bukannya layak hanya sebagai peserta biasa di dalam gabungan tersebut, bekas negarawan mestilah mengepalai atau menjadi ketua dalam pembentukan gabungan pembangkang. Hinalah kalau negarawan setaraf dengan Mat Sabu.

Malah paling tragik, Mahathir tahu bahawa Anwar adalah calon Perdana Menteri sekiranya pembangkang menang pilihanraya, namun beliau dengan keras kepalanya menamakan Muhyiddin sebagai calon tersebut. Beliau mahu test atau memang dedahkan diri supaya disepak keluar dari pakatan DAP, PKR dan PAN? Lihat video di SINI. Muka DAP turut berubah apabila Mahathir berlagak menjadi bos lantikan sendiri.


Bukan ini saja yang Mahathir buat akhir-akhir ini, menurut sumber di SINI, anda boleh perhatikan sendiri mukanya mula keruh sejak mendengar bahawa kroni dan proksinya dikatakan secara berjemaah mula meninggalkan beliau. Dan jalan paling selamat adalah berpatah balik.

Do or Die!

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top