.... Kenapa Mahathir Bersungguh Bertemu Anwar Pada 5 September? | AAKJ



Serangan Tun Dr Mahathir Mohamad ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bermula sebaik sahaja selepas pilihan raya umum Mei 2013. Pada mulanya serangan ini hanya merupakan kritikan mengenai Najib kerana terlalu memberi muka kepada orang Cina, Najib mengabaikan pengundi Melayu yang merupakan sokongan asas Umno, Najib terlalu mesra dengan Singapura dan mendengar apa yang Singapura mahu (seperti untuk tidak membina Crooked Bridge), dan sebagainya.

Ia kelihatan seperti Mahathir sedang ‘test market’ untuk melihat bagaimana serangan terhadap Najib ini akan diterima oleh orang ramai serta melihat apa yang Najib akan lakukan sebagai tindakan balas. Orang ramai tidak peduli tentang apa yang dikatakan oleh Mahathir dan Najib tidak berbuat apa-apa. Sudah tentu, tanpa mengambil masa yang lama, Mahathir mengakui bahawa beliau tidak mempunyai pilihan melainkan untuk secara terbuka menyerang Najib kerana Perdana Menteri telah mengabaikan orang tua itu selama enam bulan.

Tetapi ianya adalah lebih daripada itu. Anda tidak menjatuhkan Perdana Menteri hanya kerana dia tidak bercakap dengan anda selama enam bulan.Perkara utama yang sering menjadi rungutan Mahathir adalah perancangan terhadap anak lelakinya, Mukhriz menampakkan kegagalan dan Mahathir menyalahkan Najib untuk itu. Najib tidak lakukan apa-apa sedangkan dengan kuasa jawatan Perdana Menteri, Najib boleh campurtangan untuk memastikan perjalanan Mukhriz untuk naik ke atas berjalan dengan licin tetapi Najib tidak melakukannya dan Mukhriz menemui jalan buntu dalam kerjayanya.

Itulah saatnya Mahathir membuat keputusan perlunya Najib “dipukul” lebih daripada menggunakan ‘rotan bulu ayam’. Tidak ada sesiapa pun yang memberi perhatian terhadap apa juga kenyataan Mahathir termasuklah Najib sendiri. Dan kerana sebab itulah Mahathir menjadikannya sebagai alasan untuk menyerang Najib dengan menggunakan cara yang sama ketika beliau menyerang Tun Abdullah Ahmad Badawi. Umpama irama lagu yang pernah dimainkan dahulu malah bagi rakyat, mereka sudah penat untuk mendengarnya lagi.

Sepatutnya untuk mendapatkan perhatian dari rakyat, Mahathir perlu mulakan dengan irama lagu yang baharu. Apa sahaja yang beliau ingin perkatakan terhadap Najib mestilah mampu menggoncangkan bumi. Tiada ‘wow factor’ di dalam setiap pertuduhan Mahathir. Dan apakah ‘wow factor’ yang lebih baik dari tuduhan Najib mencuri RM42 billion atau mungkin lebih dari RM50 billion wang pembayar cukai. Pertuduhan tersebut hanya mampu membuatkan orang ramai duduk dan catit. Dan sebelum rakyat bertanya tentang pembuktian, Mahathir dengan segera mengalihkan perhatian dengan meminta Najib menyangkal pertuduhan beliau.

Dan untuk membuat dakwaan nampak sahih, dia akan mengarahkan salah seorang konco-konconya, Khairuddin Abu Hassan agar membuat laporan polis pada Disember 2014. Siapa yang akan membuat laporan polis jika dakwaan itu tidak benar? Membuat laporan polis palsu adalah satu jenayah. Oleh itu dakwaan itu mestilah benar jika Khairuddin membuat laporan polis. Kerana begitulah caranya ‘kebenaran’ ditegakkan di Malaysia. Anda membuat laporan polis samalah dengan anda bersumpah dengan Al-Quran jika apa yang kamu katakan adalah benar. Dan sekiranya anda bersumpah dengan al-Quran bahawa anda seorang ‘dara’, ianya bermaksud tanpa ragu lagi bahawa saya adalah seorang yang masih ‘dara’ dan tiada siapa boleh menyangkal sebaliknya lagi.

Tetapi Najib masih kekal berdiam diri sahaja. Ia tidak membalas atau keluar untuk ‘membuktikan bahawa dia tidak bersalah’, seperti apa yang Mahathir mahu beliau lakukan. Najib hanya melantik Presiden dan Ketua Eksekutif 1MDB dan membiarkan individu tersebut menjalankan tugasnya, iaitu bermula dengan pengurangan hutang dan rasionalisasi serta memperbetulkan keadaan kucar-kacir yang ditinggalkan oleh pengurusan yang tidak cekap sebelumnya. Seperti apa Arul Kanda Kandasamy, orang yang baru ini berkata: 1MDB boleh menjadi berdaya maju dua tahun lebih awal pada tahun 2013 sekiranya Bank Negara tidak ‘mensabotaj IPO dan disekat pinjaman yang ia perlukan untuk menjadikannya berdaya maju. Menurut Malaysia Today.

Pendek kata, Arul Kanda mendedahkan bahawa 1MDB adalah mangsa sabotaj oleh orang-orang yang mahu ia gagal. Tetapi mengapa mereka mahu ia gagal? Mudah, supaya mereka boleh menggunakan ini sebagai ‘sumpahan’ atau bebanan di leher Najib. Sekiranya 1MDB gagal maka Najib akan dipersalahkan. Jika 1MDB tidak gagal maka apa lagi yang mereka ada yang boleh digunakan untuk memburukkan Najib? Jadi 1MDB mesti gagal supaya Najib boleh diturunkan.

Selepas Arul mengambil alih pada Januari 2015, serangan berterusan tanpa henti tetapi Najib masih berdiam diri. Mahathir menganggap sikap berdiam diri itu sebagai tanda kelemahan atau tanda kekalahan. Mahathir juga mengelar Najib pengecut kerana tidak berani untuk berdepan dengan beliau. Jika Najib benar-benar seorang lelaki maka dia harus menghadapi Mahathir di atas pentas dan membuktikan dia tidak bersalah.

Ya, doktrin Mahathirisme: anda bersalah sehingga dibuktikan tidak bersalah dan jika anda berdiam iaitu pengakuan bersalah. Mahathir terlupa bahawa Anwar Ibrahim juga menuduhnya pelbagai perkara yang lebih buruk dan setakat ini Mahathir tidak pernah terbukti tidak bersalah. Malah, Tun Musa Hitam mendakwa Mahathir berada di negara ini dan bukan di China semasa tragedi Memali dan orang tua itu tidak menjawab atau membuktikan beliau tidak bersalah.

Ketika semua ini berlaku, Mahathir bersikap sinis dan angkuh, memikirkan beliau telah menang, manakala Najib menyerang balas pada bulan Julai 2015. Ia adalah hampir seperti ‘Night of the Generals’ Indonesia, 50 tahun sebelum September 1965 . Dalam satu langkah, Najib membersihkan kerajaan dari pengkhianat dan anarkis serta Muhyiddin Yassin hilang kerja sebagai orang nombor dua bersama-sama dengan sekutu konspirator mereka.

Tiba-tiba Mahathir menyedari bahawa sikap berdiam diri Najib bukan calang-calang. Najib mungkin tidak bercakap terlalu banyak tetapi apabila dia menarik pisau dari sarungnya ia tidak akan berhenti sehingga berdarah. Kini ia seolah-olah mereka semua yang mengejek mengenai Najib sebagai pahlawan Bugis palsu memang tidak kena pada tempatnya. Najib berani bertindak dan ia sentiasa membawa “maut”, bukan melukakan musuh semata-mata.

Mahathir sedar yang beliau harus “up the ante and play hardball” jika dia mahu Najib disingkirkan. Najib tidak akan meletakkan jawatan, seperti apa yang Abdullah lakukan, walaupun apa kata Mahathir sekali pun. Jadi, jika Mahathir mahu Najib disingkirkan, maka beliau perlu dikeluarkan dengan kekerasan.

Selepas serangan balas Najib pada Julai 2015, Mahathir membalas dengan cubaan undi tidak percaya di Parlimen pada Oktober 2015. Ianya gagal. Mahathir kemudian cuba sekali lagi semasa Perhimpunan Agung Umno pada Disember 2015. Itu juga gagal. Ketika Mahathir cuba memikirkan apa yang perlu dilakukan seterusnya, Najib membawa kejutan dengan menyingkirkan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah bulan berikutnya. Mahathir tidak pernah menjangka perkara tersebut dan dia betul-betul terkejut. Dia tidak pernah menyangka Najib akan berani berbuat demikian.

Mahathir telah terkejut. Beliau tidak pernah merancang perkara ini dan Najib tahu bahawa. Najib juga tahu bahawa jika anda menangkap Mahathir dengan “his pants down” biasanya beliau akan melakukan perkara yang tidak rasional. Jika tiada serangan balas, Mahathir akan bertindak merajuk atau kad merajuk dengan meletak jawatan dari Umno. Dan ini adalah apa yang Mahathir lakukan pada bulan berikutnya pada bulan Februari 2016.

Perkara yang paling ironis ialah untuk mewajarkan tindakan beliau meletakkan jawatan, Dr Mahathir berkata, “Organisasi yang diketuai oleh Najib hari ini bukan lagi Umno yang diasaskan pada 11 Mei 1946.” Itu adalah kata-kata Tunku Abdul Rahman ketika Mahathir membentuk Umno baru pada tahun 1988 untuk menjelaskan mengapa beliau enggan menyertai parti baru tersebut. Malah, Tunku mati di luar Umno seperti Tun Hussein Onn.

Mahathir tahu bahawa langkah seterusnya adalah pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz daripada parti. Malah, ia sudah dibincangkan walaupun ia tidak berlaku sehingga Jun 2016. Ramai menjangkakan pemecatan berlaku pada bulan Mac tetapi Najib tidak tergesa-gesa. “Leave the fish dangling on the hook a little longer before you reel it in”. Itulah seni memancing.

Mahathir berharap peletakan jawatannya akan membuat Najib panik dan Perdana Menteri akan membuat perjanjian. Dan perjanjian itu adalah untuk mengembalikan semula jawatan Muhyiddin dan Mukhriz. Mahathir sebenarnya lebih delusional daripada kebanyakan orang. Maksud saya, kenyataan beliau bahawa walaupun terdapat banyak tuduhan rasuah terhadapnya, tidak satu pun telah terbukti, ia menjadikan dia kelihatan delusional (tidak ada yang dapat membuktikan dia rasuah kerana dia menggunakan proksi, penama dan pemegang amanah), langkah untuk memberi tekanan kepada Najib untuk melantik semula Muhyiddin dan Mukhriz mendahului segala-galanya.

Sebagaimana yang mereka katakan, masa terdesak memerlukan langkah-langkah terdesak. Dan langkah drastik beliau keluar Umno telah menyebabkan tidak banyak kad yang tinggal untuk Mahathir. Serangan Julai 2015, penyingkiran Mukhriz, hukuman pada Tan Sri Trio, diikuti dengan acara kemuncak pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz daripada parti akan memberi gambaran bahawa Najib dalam kawalan ketika Mahathir telah hilang arah. Perkara ini tidak akan diterima baik oleh proksi , penama dan pemegang amanah Mahathir.

Seperti yang dijelaskan dalam artikel-artikel sebelum ini, doktrin Mahathirisme adalah gabungan kuasa dan kekayaan. Anda memerlukan salah satu untuk mendapatkan yang lain dan hanya gabungan kedua-dua memberikan anda kuasa mutlak. Satu tanpa yang lain tidak cukup baik kerana anda akan bergantung kepada orang lain.

Melayu tanpa wang memerlukan pihak kapitalis Cina dan Cina tanpa kuasa politik memerlukan ahli-ahli politik Melayu. Tetapi apabila anda mempunyai kedua-dua maka anda tidak perlu ada orang lain dan dengan itu tidak boleh diugut atau dipaksa memberikan konsesi. Anda seorang lelaki paling selamat jika tidak pernah meletakkan semua kekayaan ini atas nama anda kerana ianya meninggalkan jejak kertas. Sentiasa menggunakan proksi, penama dan pemegang amanah. Mahathir dengan bangganya berkata yang banyak dakwaan mungkin telah dibuat terhadapnya tetapi setakat ini tiada sesiapa dapat membuktikan apa-apa.

Masalahnya dengan menggunakan proksi, penama dan pemegang amanah pula turut mempunyai keburukan juga. Selama anda masih mempunyai kuasa maka proksi, penama dan pemegang amanah tidak akan berani menentang anda. Mereka tahu jika mereka lari dengan wang anda, anda boleh menghantar seorang “hitman” untuk mendapatkan mereka. Jadi proksi, penama dan pemegang amanah biasanya berkelakuan baik jika anda masih kuat dan boleh mendatangkan mudarat kepada mereka jika mereka keluar dari garisan.

Walau bagaimanapun, sebaik sahaja anda dilihat hanya menyalak dan tidak menggigit, maka proksi, penama dan pemegang amanah mula mendapat idea. Jika mereka tidak kembali kepada anda, apa yang anda boleh lakukan? Anda tidak lagi mempunyai kuasa dan tidak boleh mencederakan mereka. Oleh sebab itu, Tun Daim Zainuddin mengambil semula RM60 bilion sebelum beliau melepaskan jawatan. Dia tahu apabila dia meninggalkan kerajaan maka dia akan mempunyai masalah mendapatkan kembali wangnya.

Ini mengingatkan saya kepada seorang Menteri Besar Negeri Sembilan pada 1990-an yang mengunakan pemandunya sebagai proksi untuk memegang hampir RM100 juta aset. Pemandu itu akhirnya lari bersama segala-galanya dan berkahwin dengan seorang bintang filem. Semua orang tahu cerita itu dan cerita ini telah berulang kali disampaikan setiap kali tawaran jahat dilakukan melibatkan penggunaan proksi, penama dan pemegang amanah. Saya tahu kes pembunuhan melibatkan proksi, penama dan pemegang amanah yang melakukan apa yang pemandu Menteri Besar ini lakukan, menurut Raja Petra.

Bagaimanapun, pada mulanya ia kelihatan seperti Mahathir mempunyai kelebihan. Kemudian segala-galanya berubah – peristiwa-peristiwa dari Julai 2015 hingga Januari 2016 telah memberi gambaran bahawa Najib masih sangat kuat dan tidak akan digulingkan. Sebaliknya, ia kelihatan seperti Mahathir telah kalah. Jadi Mahathir terpaksa menjaringkan beberapa gol sendiri. Oleh itu beliau melancarkan kempen Selamatkan Malaysia dan Deklarasi Rakyat. Ia adalah cara Mahathir berkata, “Saya belum tamat dan belum terkeluar dari permainan”.

Mahathir mesti menunjukkan dia bukan “lone wolf”. Dia perlu untuk menunjukkan yang dia sedang berjalan dalam kumpulan dan dia juga adalah pemimpin kumpulan tersebut. Serigala berjalan dalam kumpulan dan mereka sentiasa mempunyai pemimpin. “Lone wolf” biasanya orang-orang yang cedera dan telah digulingkan dari kumpulan atau serigala yang telah kehilangan kepimpinan kumpulan. Kemudian ia akan menjadi “lone wolf”.

Jadi Mahathir perlu menunjukkan yang beliau masih mendapat sokongan daripada ahli-ahli Umno serta beliau juga mendapat sokongan daripada pakatan pembangkang, Pakatan Harapan. Dan ini adalah tujuan kempen Selamatkan Malaysia dan Deklarasi Rakyat . Untuk mencapai matlamat tersebut, beliau memerlukan lebih daripada satu juta tandatangan pada Deklarasi Rakyat beliau serta semua pemimpin pembangkang bersama-sama dengan beliau di atas pentas.

Untuk mendapatkan sokongan DAP, Mahathir berjanji pada Lim Kit Siang dua perkara. Pertama, Mahathir akan menyelesaikan masalah Lim Guan Eng dengan SPRM dan, kedua, Mahathir akan menyelesaikan masalah DAP dengan Pendaftar Pertubuhan. Guan Eng telah terperangkap dengan “his pants down” dalam perjanjian rasuah dan kerana itu dia mungkin dipenjarakan. DAP, di sisi lain pula, melakukan penipuan dalam pemilihan parti Disember 2012. Oleh kerana itu, parti mungkin akan dibatalkan pendaftarannya. Kit Siang mahu kedua-dua masalah ini diselesaikan, dan Mahathir berjanji yang beliau akan menyelesaikannya.

Malangnya, Mahathir tidak dapat melaksanakan kedua-duanya apabila Abu Kassim Mohamed bersara awal yang menjadikan lebih sukar untuk dilaksanakan. Selain itu Mahathir gagal untuk memberikan undi Melayu di kedua-dua pilihan raya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar sepertimana yang diharapkan oleh Pakatan Harapan. Jadi Mahathir telah mengecewakan scara berterusan dan tidak ada lagi kuasa yang beliau ada.

Mahathir kemudian memperuntukan sebanyak RM200 juta untuk membantu Menteri Besar Selangor, Azmin Ali menjatuhkan Dr Wan Azizah Wan Ismail dan mengambil alih kepimpinan PKR. Azmin, bagaimanapun, takut selepas surat Anwar Ibrahim dari penjara memberi amaran kepada mereka yang bekerjasama dengan ular. Surat tersebut ditujukan kepada Azmin berkenaan perancangan beliau dengan Mahathir untuk mengambil alih PKR. Itu adalah satu lagi tamparan kepada Mahathir.

Berdasarkan ini, Mahathir sedar bahawa tiada apa yang kelihatan berjalan seperti kehendak beliau dan penyelesaian terakhir adalah dengan menubuhkan parti baru dan menggunakannya untuk mengancam Umno dan Barisan Nasional. Jika Mahathir tidak boleh mengancam Najib dan memaksa beliau untuk bersara, mungkin Umno dan Barisan Nasional boleh berbuat demikian. Apabila parti barunya terbentuk, Umno dan Barisan Nasional mungkin panik dan mengambil alih tugas memaksa Najib berundur. Sebaik sahaja Najib disingkirkan maka Mahathir boleh meninggalkan perancangan untuk parti barunya dan kembali menyokong Umno dan Barisan Nasional.

Bagi membuatkan ancaman kelihatan betul, ia tidak cukup dengan hanya membentuk parti baru. Parti baru tersebut juga perlu memimpin Pakatan Harapan. Pakatan Harapan mesti bertukar menjadi Pakatan Harapan yang diterajui Pribumi dari Pakatan Harapan pimpinan DAP. Kemudian Mahathir mendapat tahu bahawa PAN telah menghasut Lim Kit Siang agar menyekat Pribumi daripada menyertai Pakatan Harapan, dan juga agar tidak menjadi pemimpin pakatan pembangkang. PAN juga kecewa bahawa Pribumi cuba merebut ahli-ahli mereka sedangkan mereka tidak boleh mendapatkan ahli-ahli daripada Umno. Mahathir kemudian mula memberi rasuah kepada beberapa pemimpin PAN seperti Khalid Samad supaya tidak ada halangan untuk Pribumi diterima ke dalam Pakatan Harapan.

Penting membuatkan orang percaya yang Pribumi akan menyertai dan memimpin Pakatan Harapan. Ini akan menjadi satu-satunya cara untuk menakutkan Najib, Umno dan Barisan Nasional. Jika Pribumi menjadi “lone wolf” maka ia tidak akan menjadi ancaman. Sebagai serigala tunggal Pribumi perlu bertanding dalam pilihan raya umum akan datang dalam tiga penjuru atau mungkin juga pertandingan empat penjuru. Pribumi akan dihapuskan dan banyak calonnya akan kehilangan deposit mereka.

Masalah lain Pribumi ialah bagaimana untuk mencari calon-calon untuk bertanding 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum akan datang. Sebagai “lone wplf” ia perlu bertanding jumlah kerusi tersebut untuk berkredibiliti. Ia tidak boleh bertanding hanya beberapa kerusi sahaja, yang mereka boleh lakukan jika mereka adalah sebahagian daripada gabungan dan mereka mempunyai perjanjian pembahagian kerusi.

Kini Pribumi tidak boleh mendapatkan 222 orang yang boleh dipercayai untuk menjadi ketua bahagian atau 20,000 orang yang diperlukan untuk menjadi ketua cawangannya. Jika ia tidak mempunyai jumlah ini maka Pribumi akan dilihat sebagai sebuah parti picisan semata-mata dan bukan pemain utama.

Kenapa Mahathir menubuhkan parti baru apabila dia tidak bersedia? Dia perlu ketua bahagian, ketua-ketua cawangan, calon-calon untuk bertanding dalam pilihan raya, dan sebagainya. Jika anda membentuk parti tanpa semua orang-orang ini, ia akan menjadi satu parti peluru kosong. Sebenarnya, Mahathir tidak mempunyai pilihan. Lim Kit Siang memberitahu Mahathir jika dia mahu bekerjasama dengan Pakatan Harapan dan memimpin pakatan pembangkang ,dia perlu membentuk partinya. Kit Siang tidak benar-benar mahukan Mahathir. Dia hanya mahu menyingkirkan Mahathir. Bencana Sungai Besar dan Kuala Kangsar memberitahu Kit Siang bahawa Mahathir adalah satu pembaziran masa. Jika mereka menerima Mahathir atau parti baru ke dalam Pakatan Harapan maka pengundi akan menghukum mereka pada pilihan raya umum akan datang.

Jika Pribumi dibenarkan masuk ke Pakatan Harapan, maka pakatan pembangkang akan musnah. Pengundi akan menghukum mereka. Sebaliknya, jika Pribumi tidak dibenarkan memasuki Pakatan Harapan, Mahathir pula akan musnah. Kedua-dua senario berfungsi memberi kelebihan kepada Najib. Mahathir telah melihat perkara ini apabila pada hari lahirnya tahun ini disambut hambar apablia kurang daripada 50 orang hadir berbanding tahun lalu. Orang ramai mula menjauhkan diri daripada beliau.

Sekarang parti baru telah dibentuk, Mahathir tidak mampu menerima Pakatan Harapan menghalangnya daripada menyertai gabungan itu. Ia akan menjadi “deathblow” dan “the final nail in Mahathir’s coffin”. Oleh itu, Mahathir pergi berjumpa Anwar di mahkamah pada 5 September 2016. Ia mungkin perkara yang paling menjatuhkan maruah Mahathir tetapi ia akan menjadi lebih teruk lagi jika Pribumi memohon untuk menyertai Pakatan Harapan dan mereka berkata tidak.

Ramai tidak menyangka RoS akan meluluskan permohonan Pribumi atau meluluskan pun tapi tidak begitu cepat. Mungkin kelulusan itu akan mengambil masa selama setengah tahun atau setahun. Sementara itu Mahathir boleh cuba untuk mendapatkan Najib untuk ‘berunding’ ketika ancaman dan ketakutan parti barunya terngiang-ngiang dalam kepala Najib, diburukkan lagi oleh hakikat bahawa parti baru ini akan mengetuai Pakatan Harapan.

Kini parti baru telah ditubuhkan dan ia tidak boleh bermula dengan betul. Malahan ia menjadi lebih teruk kerana Kit Siang tidak mahu mereka dalam Pakatan Harapan atau sebagai pemimpin Pakatan Harapan. Mahathir mungkin telah mendapat pistol tetapi dia benar-benar tidak mempunyai peluru. Pribumi terbukti membuat kesalahan terbesar. Apakah langkah Mahathir seterusnya selepas berlari kepada Anwar dengan harapan Anwar akan menerima parti barunya?

Mahathir telah membayar harga yang mahal. Beliau terpaksa menjilat kembali ludah sendiri dengan kowtowing dengan Anwar. Pribumi sepatutnya menjadi senjata untuk membuatkan Najib, Umno dan Barisan Nasional terkejut. Sebaliknya, Mahathir pula yang panik. Kempen Selamatkan Malaysia tidak berlaku seperti yang diharapkan dan ia bukan satu alat untuk menarik orang ramai. Deklarasi Rakyat pula berlaku penipuan berkenaan satu juta tandatangan palsu, yang merupakan kesilapan Mahathir apabila menyerahkan kepada orang Wan Azizah untuk mendapatkan satu juta tandatangan. Pribumi bukan parti yang hebat, malah Pakatan Harapan juga tidak mahukannya.

Ramai menyangka Najib akan menghalang pendaftaran Pribumi. Tetapi Najib terlalu pintar untuk berbuat demikian. Sebaliknya dia mempercepatkan pendaftaran mengetahui bahawa apabila ia didaftarkan Mahathir akan terkejut. Mahathir hanya penghasut perang”sabre-rattling”. Ia sepatutnya membuat Najib datang ke meja persidangan itu. Walau bagaimanapun, sebaik Pribumi terbentuk maka semua pintu rundingan ditutup selama-lamanya. Perkara itulah yang telah berlaku di sini.

Kit Siang meminta Mahathir terlebih dahulu membentuk parti jika dia mahu bekerjasama dengan Pakatan Harapan. Najib tahu bahawa Kit Siang tidak ikhlas dan apabila parti itu didaftarkan, Mahathir tidak akan ke mana-mana. Mahathir kini menawarkan Pakatan Harapan RM200 juta jika mereka menerima Pribumi ke dalam pakatan pembangkang. Tetapi Pakatan Harapan sudah mempunyai PAN, sebuah parti yang tidak boleh mendapatkan 10,000 ahli (bertentangan dengan PAS yang mempunyai lebih daripada satu juta ahli). Adakah mereka perlu Pribumi yang tidak dapat mendekati PAS atau Umno yang mempunyai lebih daripada tiga juta ahli?

Jika dia gagal menjadikan Pribumi sebagai “force”, adakah Mahathir akan kembali kepada Najib untuk cuba membuat perjanjian mengenai RM100 bilion yang masih dipegang oleh proksi, penama dan pemegang amanah beliau? Jika Mahathir boleh mencium tangan Kit Siang dan tangan banduan seperti Anwar, mengapa Mahathir tidak mahu mencium tangan Perdana Menteri selagi ia boleh menjamin yang beliau boleh mendapat RM100 bilion atau sebahagian dari RM100 bilion? Mahathir memainkan permainan kerusi muzik – pertama dengan Kit Siang, dan apabila ia tidak berfungsi, dia beralih kepada Anwar, dan jika itu masih tidak berfungsi, beliau akan kembali kepada Najib. Kini Najib yang mengawal permainan jadi dia yang memutuskan bila muzik akan berhenti.

Jadi sekarang Mahathir mempunyai parti tanpa ahli dan tanpa pemimpin dan yang bukan sebahagian daripada mana-mana pakatan. Sebaik sahaja perkara itu muktamad maka proksi, penama dan pemegang amanah Mahathir tidak perlu takut kepada beliau lagi dan boleh meninggalkan beliau dan meraikan Krismas lebih awal seperti pemandu seorang bekas Menteri Besar Negeri Sembilan.



Malaysia Today

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top