.... Kemana Hilang Video Anwar-China Doll? | AAKJ



Kalau benarlah ketelusan adalah faktor wahid bagi seseorang yang ingin atau menjadi pemimpin No1 parti politik atau mana-mana pertubuhan, kenapa isu video Anwar bin Ibrahim yang dikatakan beraksi seks dengan pelacur dari China (khabarnya pelajar sebuah kolej di KL) tidak dimuktamadkan, samada ianya sebuah video rekayasa atau memang benar Anwar Ibrahim yang ada di dalam video tersebut.

Zaman digital yang setiap hari tahap kecanggihannya bertambah hebat, amat mustahil sekiranya video tersebut tidak dapat dibuktikan siapakah pelakunya. Sekurangnya ada penjelasan bahawa itu bukan Anwar bin Ibrahim dan pengesahan tersebut bukannya datang dari mulut Anwar, isteri Anwar, anak-anak Anwar atau siapa sahaja yang menyokong Anwar tetapi datang dari pakar imejan dsamada dari dalam atau luar negara. Kecilkah dosa amalan sewa pelacur ini?

Lupakah kita bagaimana di hari upacara sumpah dengan Al-Quran di masjid wilayah ianya menjadi huru hara kerana pihak penyokong Anwar bin Ibrahim cuba menghalang upacara tersebut. Malah yang ingin bersumpah laknat tersebut adalah individu yang bertindak membawa Anwar bin Ibrahim ke tempat penzinaan tersebut.

Lupakah kita bagaimana isteri Anwar bin Ibrahim, Wan Azizah serta anak-anaknya dan juga peguam mendiang Karpal Singh juga Khalid Ibrahim bergegas berkumpul di rumah Anwar bin Ibrahim untuk membuat kenyataan akhbar dan dari mulut Wan Azizahlah beliau mengaku bahawa BUKTI penting dalam isu sewaan dan penzinaan dengan pelacur tersebut berada di tangannya. Jam Omega.

Lupakah apabila media minta ditunjukkan bukti tersebut, anak Anwar bin Ibrahim, Nurul Izzah melenting dengan nada marah bahawa ianya tidak perlu ditunjukkan. Walhal saksi yang membawa Anwar bin Ibrahim berzina dengan pelacur dari China telah menunjukkan kepada dunia bahawa bukti jam Anwar bin Ibrahim tertinggal ada di tangan beliau.


Tanya diri kita, apakah tidak perlu diungkitkan kisah memalukan Malaysia ini. Memalukan kerana pemimpin parti pembangkang diselaputi skandal seks yang menjengkelkan:

1. Skandal seks luar tabi'i, merogol lelaki atau meliwat dan bukan sahaja meliwat lelaki sejenis namun ianya membabitkan bekas pekerja sendiri.

2. Skandal seks dengan isteri orang sehinggakan pasangan bahagia tersebut bercerai. Tambah memalukan, bukan setakat dakwaan berzina dengan isteri orang, malah ada unsur suapan upah menggunakan tubuh sejumlah RM20 ribu sebulan selama berpuluh tahun lamanya. Dan yang penting, si suami ada membuat pengakuan bersumpah tentang skandal tersebut.


Apakah tiada peruntukan undang-undang untuk mengheret Anwar bin Ibrahim ke mahkamah, termasuk mahkamah syariah?




Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top