.... Kadir Jasin: Wartawan, 'Ahli Ekonomi', Peniaga Dan Bekas Ahli UMNO Cawangan | AAKJ



Siapa sebenarnya Kadir Jasin?

Kalau dahulunya, terutama orang-orang lama yang suka baca akhbar akan mengenali beliau sebagai wartawan dan pernah berjaya mendapat gelaran Tokoh Wartawan Negara dan semuanya di zaman Mahathir menjadi Perdana Menteri. Kalau sesiapa yang rajin maka boleh membuat carian bagaimana beliau menang anugerah tersebut dan jawatan beliau bermula dari mana dan berakhir di peringkat apa.

Namun masa beredar dan corak penyediaan berita juga semakin canggih. Zaman digital maka golongan sekarang tidak begitu mengenali siapakah Kadir Jasin yang sentiasa membangkang apa yang kerajaan BN buat terutama apabila Perdana Menteri itu bukan lagi Mahathir. Serba serbi tidak kena dengan apa yang kerajaan selepas itu buat.

Paling jelas Kadir Jasin akan berkokok umpama ayam jantan berak kapur apabila Mahathir mula menyerang atau tidak berpuashati dengan Perdana Menteri selepas itu. Tindakan beliau dilihat seiring dengan apa sahaja yang Mahathir lakukan. Mungkinkah beliau panglima perang dalam divisyen perang saraf bermediumkan media?

Lucunya dengan telatah Kadir yang dilihat begitu terdesak seolah cuba mengekalkan status 'Tokoh Wartawan'. Dari seorang wartawan yang menulis genre politik, kini dah mula masuk kepada segmen artikel ekonomi, malangnya keupayaan untuk memperlihatkan beliau sebagai 'ahli ekonomi segera' tidak kesampaian. Bayangkan setiap kali hujah ciptaan yang di zahirkan di dalam penulisan beliau dengan mudah dapat dipatahkan oleh ahli ekonomi yang sebenar. Angka dan fakta yang beliau bentangkan akhirnya terbukti hanyalah "dikutip dari langit". Memalukan Mahathir dan barisan jeneral perang saraf parti cap bunga sahaja.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa Kadir pernah memiliki kilang cetak yang mendapat kontrak yang cukup lumayan dari syarikat GLC selepas beliau meninggalkan kerjaya wartawannya. Malah ramai juga yang tidak tahu bahawa kilang tersebut juga sudah gulung tikar, muflis dan paling gila apabila Kadir menyalahkan GST yang menyebabkan perniagaannya lingkup?

Dan menurut sumber terdekat, Kadir memiliki kilang tersebut umpama hadiah persaraan dari kerja wartawan? Benarkah dakwaan ini? Malah ianya diberikan di dalam bentuk "pakej", kilang dan kontrak lumayan? Harap Kadir dapat menyangkal dakwaan ini dengan kadar yang segera.

Bayangkan selepas tragedi kilang beliau bungkus, beliau tiba-tiba menjadi pemikir dan penulis ekonomi yang lebih hebat dari ahli ekonomi yang sebenar. Kadir berguru ekspres dengan siapa? di mana? Tidak cukupkah Kadir memalukan Mahathir lagi dan lagi?

Mungkin ada benarnya suara dari kem Mahathir bahwa Zam Maidin lebih bijak dari Kadir Jasin.

Dan sebenarnya ramai yang tidak tahu bahawa Kadir sepanjang beliau menjadi ahli cawangan UMNO di Tanah Merah Pendang, Kedah, beliau tidak pernah menyumbang walaupun sesen kepada cawangan UMNOnya sendiri, walhal beliau sudah menjadi 'tokey kilang' ketika itu. Beliau begitu kedekut dan apabila beliau meninggalkan UMNO, ahli cawangannya tidak peduli pun. Benarkah?


Bayangkan ini baru sedikit yang kita tidak tahu tentang siapa Kadir Jasin, mungkin ada banyak lagi yang kita tidak tahu terutama bagaimana kilang ditutup tetapi beliau kekal dengan hidup mewah?

sumber

Baca juga antara kebodohan Kadir di SINI.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top