.... Kadir Jasin Dedahkan Mahathir Terima Rasuah Jet Peribadi? | AAKJ



jet siapa yang Mahathir guna ini?
Pihak berwajib seharusnya memandang serius tentang kenyataan Kadir Jasin melalui blog beliau hari ini:

Bahaya Cabar Dr Mahathir

Kesilapan besar sesiapa pun yang berdepan dengan Dr Mahathir adalah mencabar kegigihan beliau dan mempersendakan rancangannya.

Buat masa ini, rancangan nombor satu beliau adalah menjatuhkan BN dalam PRU akan datang melalui kerjasama di kalangan parti-parti pembangkang.

Kalau beliau bukan seorang yang gigih, beliau sudah lama menyerah kalah, khususnya setelah bersara daripada jawatan Perdana Menteri pada 2003.

Pelbagai halangan, tembok dan ranjau didirikan untuk menghalang beliau daripada terus memainkan peranan sebagai mentor demi negara yang beliau cintai.

Ahad lalu beliau menceritakan bagaimana beliau terpaksa menyewa pesawat eksekutif untuk terbang ke Alor Setar bagi menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kerana kesuntukan masa.

Beberapa jam sebelum menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Anak Bukit, Kedah, beliau merasmikan mesyuarat agung Perkim di Kuala Lumpur.
Kata beliau, kawan-kawan yang ketika beliau menjadi Perdana Menteri dulu berlumba-lumba meminjamkan pesawat peribadi mereka, telah menghilangkan diri. Mereka takut dilihat bersama beliau.
Pada sebelah malamnya, Dr Mahathir bertolak ke London. Oleh kerana tidak ada pesawat peribadi untuk digunakan, beliau terbang dengan pesawat perdagangan.

Menurut kakitangan beliau, mereka mencadangkan beberapa syarikat penerbangan, tetapi Dr Mahathir bertegas mahu terbang dengan MAS.

Cintanya kepada negara mengatasi keselesaan diri. Bukanlah mudah bagi seorang yang berusia 92 tahun berkongsi pesawat raksasa (Airbus A380) dengan 500 penumpang lain untuk penerbangan 13 jam.

Link blog Kadir Jasin berhubung pengakuan ini: 

http://kadirjasin.blogspot.my/2016/09/cacian-kukuhkan-azam-dan-iltizam-dr.html

Keratan dari blog Kadir Jasin, bimbang entri ini dipadamkan:


Adakah undang-undang Malaysia tidak terpakai untuk individu yang pernah menjadi Perdana Menteri atau yang sudah mencapai umur 90an dan ke atas? Kadir Jasin perlu jelaskan apa maksud pengakuan Mahathir itu.


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top