.... Jawapan Yang di-Pertuan Agong Kepada Mahathir | AAKJ



MEDIA propembangkang sebelum ini kecoh melaporkan Tun Dr. Mahathir Mohamad menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi menyerahkan deklarasi yang konon ditandatangani rakyat Malaysia.

Lucunya Deklarasi Rakyat yang menggesa Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak meletakkan jawatan sebegai perdana menteri konon disertai sejuta individu itu menyaksikan Mahathir datang ‘lenggang kangkung’ ke istana baginda.

Lebih kelakar media hanya melaporkan mengenai perjumpaan tersebut tanpa memberikan sebarang maklumat lanjut apatah lagi tiada sebarang sidang media oleh Mahathir sendiri atau kenyataan akhbar beliau selepas itu.

Akhirnya terbongkar kisah menarik di sebalik pertemuan tersebut apabila Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dilaporkan enggan mencampuri urusan politik yang sengaja direka oleh Mahathir sekali gus menolak deklarasi itu.


Menurut sumber rapat dengan bekas Perdana Menteri itu, pihak istana melihat gerakan Mahathir itu sebagai satu cubaan pencabulan sistem demokrasi serta menidakkan hak pengundi yang memilih dalam pilihan raya umum lalu.

Mahathir dikatakan berasa marah dan kecewa dengan keputusan Yang di-Pertuan Agong itu kerana usaha untuk menabalkan anaknya sendiri, Mukhriz sebagai pengganti perdana menteri akhirnya langsung menemui jalan buntu.

Mulanya Mahathir dilaporkan media propembangkang cukup teruja apabila beliau berjaya masuk menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Bukit Malut yang merupakan Istana Hinggap Rasmi Sultan Kedah di Pulau Langkawi.

Bagaimanapun menurut sumber yang rapat dengan kumpulan Mahathir, mereka amat kecewa memandangkan Seri Paduka telah menolak permintaan Mahathir untuk menyingkirkan Najib daripada jawatan beliau.

Sebaliknya Tuanku Abdul Halim dikatakan enggan campur tangan urusan politik. Patutlah Mahathir tunduk diam ketika keluar dari istana memasuki keretanya pada masa itu menurut cerita penulis politik Raja Petra Kamarudin.


Perkara tersebut dinyatakan oleh Perdana Menteri menerusi satu kenyataan rasmi di Putrajaya hari ini:

“Saya telah dimaklumkan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang baginda telah menerima menghadap Penasihat PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Istana Anak Bukit, Alor Star pada minggu lepas.

“Dalam pertemuan itu, baginda mengambil maklum perkara yang dibangkitkan oleh Tun Dr. Mahathir.

“Walau bagaimanapun, Yang di-Perluan Agong turut menjelaskan kepada Tun Dr. Mahathir bahawa baginda tidak boleh mencampuri usaha yang dibuat oleh PPBM.

“Ini kerana deklarasi yang dibuat oleh PPBM adalah tidak mengikut perlembagaan. Sebarang tindakan sepatutnya diuruskan menurut amalan lazim iaitu melalui Parlimen dan sistem pilihanraya bagi rakyat membuat keputusan mereka.”



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top