.... Hina TMJ: Remaja Dihantar Ke Sekolah Pemulihan Akhlak | AAKJ



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan remaja berusia 19 tahun yang mengaku bersalah berhubung 14 tuduhan membuat komen bersifat jelek terhad Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, dihantar ke sebuah pusat pemulihan akhlak di Melaka.

Hakim Datuk Mohd Soffian Abdul Razak membatalkan keputusan mahkamah sesyen yang menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas Muhammad Amirul Azwan Mohd Shakri.

"Mahkamah Tinggi menggantikan hukuman penjara dan mengarahkan Amirul ditahan ke sekolah pemulihan walaupun kita menggesa hakim untuk mengurangkan hukuman penjara atau

membenarkan ikat jamin berkelakuan baik," kata peguam Amirul, Jimmy Puah yang dipetik oleh portal berita Free Malaysia Today (FMT).

Dengan keputusan hari ini, Amirul akan dihantar ke sekolah Henry Gurney di Pasir Mas, Melaka sehingga beliau berusia 21 tahun.

Puah, yang membuat pembelaan bersama Hassan Karim, berkata mereka berhujah bahawa Amirul hanya dikenakan penjara empat bulan supaya dia boleh dibebaskan, memandangkan remaja itu telah menjalani penjara empat bulan penjara sehingga minggu lalu.

Sebaliknya, hakim memutuskan Amirul ditahan di sekolah pemulihan akhlak selama dua tahun lagi.

Remaja itu didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih daripada satu tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Amirul, dalam rayuannya memohon mahkamah meringankan hukuman kerana dia datang daripada keluarga miskin dan berjanji tidak akan melakukan kesalahan itu lagi.

Puah berkata Amirul telah memberi arahan supaya rayuan difailkan.

Pada 7 Jun lalu, hakim mahkamah sesyen Sabariah Atan menghukum Amirul penjara setahun ke atas setiap satu daripada 14 pertuduhan, yang akan berjalan serentak mulai 28 April, tarikh remaja itu ditangkap.

Amirul ketika itu tidak diwakili sebarang peguam.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top