.... Hasutan: Tian Chua Dijatuhkan Hukuman Penjara Dan Denda | AAKJ




Naib Presiden PKR, Tian Chua dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan didenda RM1,800 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan memberi ucapan berbaur hasutan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, tiga tahun lalu.

Hakim Zulqarnain Hassan memutuskan demikian selepas berpuas hati pembelaan Ahli Parlimen Batu itu gagal menimbulkan keraguan munasabah ketika dipanggil membela diri.

"Saya berpuas hati ucapan yang dibuat tertuduh ada kecenderungan untuk menghasut orang ramai untuk melakukan perkara yang dinyatakan," katanya.

Zulqarnain juga memerintahkan Tian Chua dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Prosiding bagaimanapun ditangguhkan sebentar untuk jatuh hukum.

Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang selesai membela diri selepas pada 24 Februari lalu mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya di akhir kes pendakwaan.

Pada 29 Mei 2013, Tian Chua didakwa memberi ucapan dalam ceramah dengan menyebut kata-kata menghasut bagi membangkitkan rakyat negara ini supaya mengubah kerajaan yang telah tertubuh mengikut undang-undang, dengan cara yang tidak sah.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Nombor 1, Jalan Maharajalela, Dang Wangi di sini antara jam 8.55 malam dan 11.15 malam, pada Mei 2013.

foto lama beliau ketika demostrasi

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top