.... Foto Peguam Negara 'Berdansa' Atau Berpatriotik Di Dataran Merdeka? | AAKJ



Isu peguam selar Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali kerana dikatakan berjoget dengan menteri-menteri di Dataran Merdeka pada sambutan Hari Kebangsaan 2016 dilihat sebagai hanyalah agenda politik dan berniat jahat untuk merosakkan nama Peguam Negara.

Malah sebaran di media sosial juga turut dilakukan oleh penggiat media sosial berhaluan pembangkang.

Hakikatnya tidak timbul soal Peguam Negara melanggar protokol dan mencabul etika profession kerana Peguam Negara bukan "berdansa" di kelab malam. Malah sebaliknya Peguam Negara bersama para Menteri Kabinet, penjawat awam yang lain dan pengunjung berdendang lagu semangat merdeka. Dan semua lagu tersebut adalah lagu kenegaraan. Dan Tan Sri Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara turut bersama menyanyi dengan penuh semangat merdeka.

Bayangkan kalau Peguam Negara kaku berdiri dan hanya lambai gerak bendera? Apa pula yang bakal ditohmah pembangkang? Mungkin keluar pula sebaran cerita bahawa Peguam Negara tidak patriotik?


Gerak badan mengikut alunan lagu patriotik itu berdansa?

Pembangkang kekal pembangkang. Bagi mereka semuanya salah dan tidak ada satu pun perbuatan atau tingkah laku pemimpin negara yang betul di mata mereka.

Kini mereka halakan serangan kepada mana-mana penjawat awam yang berstatus tinggi kononnya berpatisan dan "berdisko" bersama pemimpin UMNO BN.

Kepada Hanif Khatri, adakah anda memang sah bukan Melayu? Susahkah untuk bezakan antara menyanyi dengan menari.

Tidak nampakkah kemesraan rakyat Malaysia berbilang kaum menyanyi mengikuti irama patriotik di Dataran Merdeka dan bukannya mereka datang sebagai "pengganas demostran"?

Siapa yang memecahbelahkan rakyat dan siapa yang menyambut perpaduan?








foto ehsan TMX

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top