.... DAP Perah Wang Orang Miskin, Lagi Mahu Bercakap Soal MO1? | AAKJ



1. Jauh sebelum Abdul Rahman Dahlan menyatakan Malaysian Official 1 (MO1) ialah Mohd Najib Razak, laman ini telah mengulas isu tersebut dalam dua artikel. (i)Laporan FBI Buktikan MO1 (NAJIB RAZAK) Tidak Melakukan Apa-apa Kesalahan dan (ii) Malaysia Official 1: Ada Beza Terma Rujukan dengan Defendan dan Pensubahat #1MDB.

2. Tidak disangkalkan bahawa Department Of Justice Amerika Syarikat (DOJ) merujuk kepada Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak sebagai “code nama” MO1.

3. Justeru pengakuan Rahman beberapa hari lalu tidak memberi apa-apa kesan dari segi perundangan mahu pun moral kerana ia sesuatu yang telah diketahui umum.

4. Anehnya Lim Kit Siang mempertikaikan mengapa tiada siasatan ke atas Mohd Najib berdasarkan pengakuan Abdul Rahman tersebut.

5. Tidak perlu ada apa-apa siasatan lagi kerana lama sebelum DOJ memfailkan tindakan sivil tersebut, badan-badan siasatan dalam negara ini telah menyiasat dan membuat keputusan tiada kes ke atas Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak dalam isu akaun peribadi beliau diisytiharkan sebagai akaun DANA POLITIK.

6. Mengapa isu ini dibesarkan semula ialah kerana DAP mahu menutup isu rasuah dan cubaan mendapat “duit kopi” oleh bapa salah seorang ADUN mereka di Pulau Pinang. DAP cuba menutup kemaluan mereka apabila bapa seorang ADUN mereka dirakam mengutip wang sogokan untuk rumah kos rendah. ulang: MENGUTIP WANG SOGOKAN BAGI MENDAPAT RUMAH KOS RENDAH.

7. Betapa bangsatnya DAP mengutip wang sogokan dari orang miskin dan berpendapatan rendah. Kita benci dan mahu sesiapa sahaja yang menyeleweng wang negara diambil tindakan. Namun tidak ada perbuatan lebih hina dari mengambil sogokan daripada pembeli rumah kos rendah di Pulau Pinang hanya untuk membeli rumah tersebut.

8. Tidak cukup meminta sogokan dari golongan berpendapatan rendah, mereka yang menguasai Kerajaan Negeri Pulau Pinnag mengurangkan pembinaan rumah kos rendah dengan drastik.

9. Kit Siang melalak isu MO1 hanya untuk menutup isu jijik parti beliau.


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top