.... Bagi Mahathir, Nama Muhyiddin Sudah Membusuk? | AAKJ



‘LAME DUCK PRESIDENCY’ MUHYIDDIN YASSIN: KENYATAAN OLEH SETIAUSAHA AKHBAR PERDANA MENTERI

10 September 2016

1. Lawatan mahkamah Tun Mahathir Mohamad untuk musuhnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, lelaki yang dia penjarakan, adalah bukti kepada keadaan terdesaknya. Ia menunjukkan bahawa agenda politik yang mementingkan diri sendiri Tun Mahathir telah gagal. Ia juga menunjukkan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu bertindak sebagai orang kedua kepada Datuk Seri Anwar dalam pakatan Tun Mahathir dengan pembangkang.

2. Tetapi saya tidak boleh menyalahkan Tun Mahathir atas tindakan terdesak yang terakhir ini. Pilihan lain apa yang dia ada, selepas kredibiliti Presiden parti barunya telah dimusnahkan oleh akuan berkanun mahkamah berkenaan Nika Gee. Ia membuktikan bahawa Tan Sri Muhyiddin untuk bertahun-tahun telah melakukan kecurangan dengan isteri lelaki lain. Ini menjadikan Tan Sri Muhyiddin ‘lame duck President’ (seorang pegawai yang mana penggantinya telah pun dipilih) dalam tempoh semalaman, tidak berkesan walaupun sebagai penjaga kepada anak Tun Mahathir, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

3. Bukan sahaja Tan Sri Muhyiddin kini adalah nombor dua dalam parti Tun Mahathir, dan oleh itu seorang Presiden Boneka yang perlu taat kepada segala perintah seorang yang diketahui sebagai suka mengawal orang lain. Tetapi selain penghinaan ini, masa depan politik Tan Sri Muhyiddin juga kini bergantung kepada Datuk Seri Anwar, kerana dia yang akan menjadi orang yang mengatakan ya atau tidak kepada rayuan Tun Mahathir. Jadi Tan Sri Muhyiddin kini tunduk kepada Datuk Seri Anwar.

4. Ketidaksetiaan Tan Sri Muhyiddin kepada parti dan kerajaan telah dibayar balik dengan keadilan asasi. Tempoh satu tahun boleh membawa satu perbezaan yang nyata.

DATUK SERI TENGKU SARIFFUDDIN
SETIAUSAHA AKHBAR KEPADA PERDANA MENTERI

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top