.... Arab Saudi Potong Gaji Menteri, Faedah Kakitangan Awam | AAKJ



Arab Saudi ketika ini mengalami kesan yang buruk akibat kejatuhan harga minyak dunia sehingga mereka terpaksa mengambil keputusan memotong gaji para Menterinya sebanyak 20 peratus termasuk memotong faedah dan bonus kakitangan awam bermula 1 Oktober ini.

Selain itu, jemaah yang menunaikan haji dan umrah untuk kali kedua dikenakan visa kali ini akibat dari keadaan ekonomi seperti itu kerana kos menguruskan jemaah yang semakin meningkat. Visa tersebut dinaikkan pada kadar SR2000.00 seorang.

Langkah pengurangan perbelanjaan itu diumumkan melalui satu kenyataan oleh Kabinet Arab Saudi yang disiarkan melalui televisyen tempatan di sana.

Dalam sejarah negara itu, ini merupakan kali pertama kerajaannya mengurangkan bayaran kepada kakitangan yang menguasai dua pertiga kumpulan pekerja.

“Kabinet telah membuat keputusan untuk memberhentikan beberapa bonus dan faedah kewangan,” demikian kata kenyataan yang dikeluarkan.



Bukan sahaja gaji kakitangan tetapi kelebihan kewangan yang dinikmati oleh Menteri, Kerabat Diraja termasuk Raja Arab Saudi Raja Salman.

Jadi, tidak hairanlah mengapa banyak lagi negara lain termasuk Malaysia turut mengambil langkah mengurangkan perbelanjaan dan mengamalkan perbelanjaan berhemah khususnya dalam perbelanjaan rasmi kerajaan.

Ia ekoran pulangan wang yang diperoleh dari hasil petroleum melalui Petronas juga menurun dengan mendadak buat Malaysia.

Bukanlah kerana negara Malaysia sudah hampir muflis ataupun sudah kehabisan sumber kewangan tetapi ia bagi menyesuaikan perbelanjaan dengan keadaan ekonomi tidak menentu pada masa sekarang ini.

Kerajaan sudah pun mengumumkan bahawa biarpun pasaran tidak menentu tetapi keadaan ekonomi negara masih kukuh dan pertumbuhan ekonomi negara masih mampan bagi menghadapi masa depan yang mendatang. – pru14.tv

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top