.... Ahli Parlimen PKR Bersekedudukan? | AAKJ



Pakatan Keadilan Rakyat atau PKR tidak pernah luput dari skandal seks  yang melibatkan pemimpin mereka.  Skandal demi skandal didedahkan oleh bekas PKR dan juga orang terapat  dalam untuk meyedarkan orang ramai terutama pengundi .
PKR sebuah parti yang berprinsip liberal dan menyokong gerakan kesamarataan dan juga  pluralism sebagaimana Anwar Ibrahim. Pluralisme dan kesamarataan ini juga dibawa bersama dalam pentadbiran Azmin Ali yang mana  Ketua Umumnya Wan Azizah.

Perkara berhubung skandal seks ini juga pernah diakui oleh Rafizi Ramli Setiausaha Agung yang mengaku wujud skandal berkaitan rasuah dan ‘pemberian’ wanita dalam urusan pentadbiran negeri Selangor sepertimana tersebarnya perbualan aplikasi Whatsapp di media sosial tidak lama dahulu.

Namun hal ini disenyapkan begitu sahaja dengan tiada satu pun kenyataan  menafikan oleh mana-mana pihak daripada kepimpinan PKR yang lain. Ini menunjukkan bahawa  perbuatan yang didakwa oleh Rafizi tersebut ada benarnya.

Dalan nada sinisnya  Rafizi berkata bahawa tuduhan itu bukan terhadap individu yang menjawat kerusi wakil rakyat (baik di Dewan Negeri, Dewan Rakyat atau Dewan Negara sama ada yang masih berkhidmat atau telah bersara) atau mana-mana kakitangan kerajaan di mana-mana jabatan di bawah Kerajaan Selangor

Zaman Anwar Ibrahim kita telah banyak melihat bagaimana  kumpulan LGBT dan Gay terus memberikan penentangan  terhadap  kerajaan Malaysia dalam isu penangkapan Anwar Ibrahim  berhubung kes liwatnya .

Kenyataan demi kenyataan dikeluarkan dan diantara kenyataan tersebut  dikeluarkan oleh tempo.com.ph pada tahun 2012. Tekanan dan desakan dibuat terhadap kerajaan Malaysia yang mana dikatakan telah mernyalahi hak asasi manusia yang mereka perjuangkan.

Kenyataan ProGay disiarkan dalam tempo.com.ph pada 11 Januari, 2 hari selepas Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Selaras dengan keputusan mahkamah itu, organisasi gay yang terbesar dan tertua di Filipina itu menyeru agar undang-undang yang menyekat kebebasan aktiviti liwat di Malaysia iaitu 377 Kanun Keseksaan perlu dihapuskan kerana dianggapnya sudah ketinggalan zaman.

“Kami bersama-sama pergerakan individu demokratik yang lain meraikan kejayaan Anwar menentang penganiayaan terhadapnya,” kata Oscar Atadero, pegawai hak asasi manusia pertubuhan pembela kaum gay itu.

Pada satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Anwar dalam satu wawancara yang mana  telah memperjelaskan di stesen televisyen BBC Asia pada beberapa tahun lalu  menegaskan bahawa undang-undang yang melibatkan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Malaysia sudah lapuk .

Manakala, penyokong DAP sejak dari dulu lagi membantah undang-undang ini kononnya menghalang hak asasi manusia dan diperkuatkan dengan sokongan terhadap kumpulan NGO G25  yang memperjuangkan LGBT secara terangan.
Baru baru ini, kita dikejutkan lagi dengan satu lagi skandal , dimana seorang Ahli Parlimen  berlainan agama hidup atau tinggal serumah dengan seorang peguam  perempuan PKR.

 “Wakil parlimen PKR duduk serumah dengan peguam pompuan PKR???? Hangpa berjimat cermat ka main kongsi bilik nie? Jabatan agama tak buat kerja ke? Cekup la.. Buh penampar sorang satu.. Bala bala..

“Patut la sedap sangat lawan undang-undang Islam nak dilaksanakan.. Nie rupanya kerja korang…,” kata Mohd Sobri dalam Facebook sekejap tadi.
Mohd Sobri membuat ulasan itu berdasarkan pendedahan terbaharu ahli PKR yang dipecat keahlian Badrul Hisham Saharin hari ini.
Badrul Hisham yang lebih dikenali sebagai Chegubard mendakwa telah menerima rakaman visual ‘pasangan’ tersebut.

“Baru meneliti detail termasuk visual mengenai skandal seorang peguam (Islam) dan seorang ahli parlimen (Hindu) duduk serumah dan kedua-duanya pasangan lelaki dan perempuan ini ialah pimpinan pusat parti….,” dedah Chegubard.

Menurut Chegubard ‘pasangan ahli pimpinan parti pusat’ itu juga sebelum ini sering mengkritik dan menyerangnya berikutan pendedahan isu yang berkaitan dengan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Respon saya mudah, mereka antara teruk menfitnah dan menyerang saya… namun saya katakan pada pemberi maklumat terima kasih… saya tidak menyerang orang dengan isu peribadi.. walaupun mereka giat menyerang saya dengan cara kotor….

“Kalau saya nak serang pun mengenai prestasinya selaku wakil rakyat yang tidak ‘tengok’ kawasan…
“Cuma kepada watak itu yang saya sangat yakin membaca status ini, ingatlah jangan suka berkokok tak tentu hala kalau ekor sendiri bergelumang taik.
“Walaupun hangpa gerakkan siap timbalan ketua AMK PJS dan lain-lain fitnah cheGuBard tapi che’GuBard masih waras tidak bermain politik serangan peribadi,”katanya lagi.

Justeru, umat Islam yang menolak hukum agama yang melarang amalan hubungan sejenis seperti yang diperjuangkan kumpulan LGBT dianggap melakukan jenayah akidah dan terkeluar daripada agama Islam atau murtad. Perbuatan sebegini sekaligus menghina dan merendahkan hukum Allah SWT.

Sesiapa yang menghalalkan hukum ini sama ada melalui al-Quran dan hadis juga ijma’ ulama perlu bertaubat nasuha dan kembali mengucap dua kalimah syahadah.
  • PRU14.tv

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top