.... Agong Mempersoalkan 1.4 juta Tandatangan - Raja Petra | AAKJ



Mahathir dilaporkan terketar-ketar mencari jawapan apabila disoal oleh Yang di-Pertuan Agong mengenai 1.4 juta tandatangan pada Deklarasi Rakyat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Memetik satu artikel Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin berkata Mahathir mengadap Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada Jumaat merupakan satu “bencana”.

Raja Petra berkata, Yang di-Pertuan Agong telah bertanya mengenai keaslian 1.4 juta tandatangan deklarasi, untuk mendapatkan petisyen Persidangan Raja-Raja bagi mengambil tindakan untuk menyingkirkan Perdana Menteri.

Tuanku Abdul Halim juga bertanya kepada Mahathir mengenai dakwaan publisiti secara meluas bahawa Yang di-Pertuan Agong telah menjadi “tahanan rumah” oleh Kerajaan Persekutuan, selepas Mahathir gagal masuk mengadap di Istana Negara.

Mahathir masuk mengadap Tuanku Abdul Halim pada petang Khamis lepas di Istana Anak Bukit, istana Sultan Kedah. Tuanku Abdul Halim melaksanakan pusingan kedua beliau bertugas sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14, yang bersemayam di Istana Negara.

Deklarasi Rakyat telah dilancarkan oleh Mahathir pada bulan Mac, dengan sokongan daripada beberapa ahli politik pembangkang dan beberapa aktivis masyarakat. Sebahagian besar daripada perisytiharan itu terdiri daripada tuduhan terhadap Najib dan 1Malaysia Development Berhad. Ia juga termasuk desakan untuk pembaharuan politik.

Raja Petra berkata, Tuanku Abdul Halim telah bertanya sama ada Mahathir boleh menjamin bahawa semua tandatangan adalah tulen. “Mahathir jelas tidak bersedia untuk ini,” Raja Petra menulis, dan berkata bekas perdana menteri itu “agak terkejut.”

Beliau berkata Mahathir hanya menjawab bahawa dokumen itu telah diberikan kepadanya, kemudian Tunku Halim “hanya memberikan senyuman sinis.”

BACA SETERUSNYA DI SINI


Sumber: Malaysia Today

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top