.... Waran Tangkap Ananda Krishnan Dikeluarkan | AAKJ




Biro Pe­nyia­satan India (CBI) telah menge­luarkan waran tangkap ke atas dua warga Malaysia dan dua syarikat Malaysia berhubung kes pengubahan wang haram antara Aircel dan Maxis melibatkan Menteri Komunikasi India, Dayanidhi Maran serta saudara kandungnya, Kalanithi Maran.

Menurut portal New Indian Press, dua rakyat Malaysia yang dituduh terlibat dalam kes itu ialah taikun telekomunikasi, Anan­da Krishnan dan Augustus Ralph Marshall serta empat sya­rikat iaitu Sun Direct TV Pvt. Ltd. (SDTPL), Maxis Communication Berhad, South Asia Entertainment Holding Ltd. dan Astro All Asia Network.

CBI India turut memberitahu Hakim Mahkamah Khas, O P Saini bahawa waran tangkap telah dikeluarkan te­tapi masih belum disampaikan kepada tertuduh.

Badan Penguat­kuasaan Direktorat (ED) pada 25 Mei lalu telah mengeluarkan saman di bawah Akta Pencegahan Pe­ngu­bahan Wang Haram (PMLA) untuk memeriksa Ananda Krishnan.

Keesokan harinya, satu lagi saman dikeluarkan untuk memeriksa Ralph Marshall dan kedua-dua saman itu telah dihantar ke Malaysia melalui Kementerian Dalam Negeri.

Sementara itu, keluarga Maran mencabar bidang kuasa mahkamah khas dengan menyatakan bahawa kes tersebut bukan sebahagian daripada spektrum penipuan komunikasi dan skandal politik (2G) dan tidak boleh didengari oleh hakim yang ditetapkan untuk mengendalikan kes-kes 2G secara eksklusif.

Bekas Menteri Ko­munikasi Dayanidhi Ma­ran; saudara kan­dung­nya, Kalanithi Maran; isteri kepada Kalanithi, Kavery Kala­nithi; Pengarah Urusan Asia FM Ltd. (SAFL), K. Shanmugam dan syarikat-syarikat SAFL dan SDTPL adalah antara mereka yang dipanggil oleh mahkamah sebagai tertuduh.

Dalam pada itu, ED menentang pengakuan adik beradik Maran dengan menyatakan aspek pe­ngu­bahan wang haram masih di­­siasat dan berkemungkinan mengganggu bukti serta mempengaruhi saksi.

Mahkamah memerintahkan sebutan kes dilanjutkan pada 27 Ogos ini.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top