.... Video Tiga "Barua-Broker" Ditangkap Cuba Rempuh UiTM, Hasut Mahasiswa | AAKJ



Tiga pelajar universiti awam dari luar Perak ditahan kerana cuba menceroboh kawasan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Seri Iskandar dekat sini semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi kejadian berlaku kira-kira pukul 5.55 petang ketika sekumpulan orang berkumpul di bahu jalan persimpangan lampu isyarat di Kilometer 33, Jalan Ipoh-Lumut dengan membawa sepanduk serta melaungkan ucapan-ucapan provokasi.

“Kumpulan ini kemudian berarak menuju kawasan pintu pagar utama UiTM.

“Bagaimanapun pintu pagar tersebut telah ditutup oleh pihak polis bantuan.

“Di situ tiga pelajar berkenaan yang berusia antara 22 dan 23 tahun ditangkap oleh polis bantuan ketika mereka bertindak memanjat pagar untuk masuk ke dalam kawasan universiti,” katanya dalam satu kenyataan.

Abdul Rahim berkata ketiga-tiga pelajar lelaki tersebut, dua daripadanya merupakan penuntut sebuah universiti di ibu negara sementara seorang lagi dari universiti di Sabah.

Mereka direman tiga hari bermula hari ini dan kes berkenaan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya negeri.





Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top