.... Video Kayuhan Pingat Azizulhasni Awang Di Rio | AAKJ



Jaguh berbasikal negara Azizulhasni Awang melakar sejarah apabila meraih pingat gangsa Sukan Olimpik Rio dalam perlumbaan akhir keirin lelaki, sebentar tadi.

Pelumba berusia 28 tahun dari Terengganu itu tewas di tangan pelumba Britain, Jason Kenny yang memenangi pingat emas manakala Matthijs Buchli dari Belanda memenangi perak.




Ia pingat pertama diraih kontinjen negara dalam acara berbasikal Sukan Olimpik. Bagi Azizul, ia pingat pertama selepas hanya menduduki tangga ke-10 di Beijing 2008 dan keenam di London 2012.

Setakat ini, Malaysia sudah meraih satu perak dan satu gangsa selepas penerjun Pandelela Rinong-Cheong Jun Hoong menang perak dalam acara 10m platform seirama, sebelum ini.


video


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top