.... Ulu Yam: Ular Terjah Kereta Sampai Remuk? | AAKJ




KELIRU atau kurang peka dengan nama binatang, seorang lelaki membuat laporan polis selepas mendakwa keretanya dipatuk ‘ular’ sehingga remuk.

Seorang jurujual mendakwa sekumpulan ‘ular’ yang melintas jalan secara tidak sengaja ‘mematuk’ kenderaan yang sedang dipandunya di Jalan Sungai Besar Tua, Ulu Yam Baharu, Selangor.

Lelaki yang berusia 48 tahun itu kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Ulu Yam Baharu dan mendakwa kira-kira 10 ekor ‘ular’ melintas di jalan di hadapannya sebelum seekor ‘ular’ merosakkan keretanya.



Bagaimanapun, ‘ular’ yang didakwa lelaki berasal dari Puchong itu sebenarnya adalah kuda.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt R. Supramaniam berkata, lelaki tersebut tidak fasih berbahasa Melayu dan menyebut kuda sebagai ular.

Supramaniam berkata, seekor daripada kumpulan kuda yang berkeliaran di kawasan itu telah menendang kereta mangsa sehingga remuk di bahagian hadapan kereta jenis Toyota Camry itu.

Pihak Majlis Daerah Hulu Selangor telah dimaklumkan berhubung perkara itu bagi mengambil tindakan terhadap pemilik kuda terbabit. – MYNEWSHUB

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top