.... TMJ Jumpa PM Najib Bincang Isu Semasa Dan Politik | AAKJ



Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini berangkat ke Seri Perdana, Putrajaya dalam rangka pertemuannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Gambar pertemuan tersebut disiarkan di laman Facebook milik Johor Southern Tigers yang sering-kali menjadi platform untuk putera mahkota itu menyampaikan pesanannya.

Gambar itu dimuat naik dengan penyataan yang menyebut Tunku Ismail sebagai menyampaikan pandangan dan suara rakyat demi kemajuan negara.

"Dalam pertemuan tersebut, DYAM Tunku Mahkota Johor yang menerima jemputan jamuan petang di sana turut membincangkan beberapa isu semasa berkaitan hal ehwal politik dan perkara-perkara berkaitan isu-isu tanahair terkini.

"Pertemuan ini secara tidak langsung mencerminkan keprihatinan DYMM Sultan Johor dan DYAM Tunku Mahkota Johor dalam menyampaikan pandangan dan suara rakyat demi kemajuan negara. Allah Peliharakan Sultan," kata kenyataan tersebut.

Perihal mesyuarat itu turut disiarkan di laman Facebook milik Najib.

Tidak seperti kerabat diraja lain yang cenderung untuk tidak menonjolkan diri, Tunku Ismail dilihat sering menyampaikan pandangan beliau walaupun berbentuk kritikan terhadap kerajaan Persekutuan.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top