.... Terengganu: Kempen Solat Subuh Berjemaah | AAKJ



Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berangkat menyempurnakan Kempen Solat Subuh Berjemaah Peringkat Negeri, di Masjid Al-Muktaffi Billah Shah, Kuala Terengganu, pagi ini.

Baginda yang berangkat bersama anakanda, Tengku Muhammad Ismail dan Tengku Muhammad Mua'az diiringi Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong.

Program julung kali dianjurkan itu bermula seawal jam 4 pagi dengan kehadiran jemaah, termasuk kenamaan.

Majlis dimulai dengan qiamullail, iaitu mengerjakan solat sunat tahajud,tasbih, hajat dan juga witir dipimpin oleh Ustaz Zul Ramli Mohamed Razali.

Sejurus baginda tiba pada jam 5.30 pagi, majlis diteruskan dengan solat subuh berjemaah dan diikuti ucapan Menteri Besar serta titah perasmian oleh tuanku.

Ustaz Zul Ramli kemudiannya menyampaikan kuliah Subuh bertajuk Keajaiban Solat Subuh Berjemaah. 

The Iman Tribune





Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top