.... Suami Anita Rafar Meninggal Dunia Dalam Pesawat | AAKJ



SUAMI kepada pelakon Anita Rafar, iaitu Datuk Zainal Osman Mohd dilaporkan meninggal dunia di dalam pesawat semasa dalam perjalanan pulang ke Malaysia dari Dubai pada Khamis.

Allahyarham yang juga ahli perniagaan menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 6 pagi, selepas dipercayai mengalami serangan jantung.

Jenazah allahyarham juga telah diturunkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Mumbai, India untuk dibawa ke hospital bagi tujuan bedah siasat.

Berita ini turut disahkan oleh adik-adik Anita iaitu Linda dan Diana, yang juga merupakan selebriti di laman Instagram masing-masing.

Difahamkan, jenazah akan dibawa pulang ke tanah air seterusnya dibawa ke kediamannya di Shah Alam, Selangor setelah urusan bedah siasat selesai.

Anita pernah aktif berlakon bersama adik-adiknya suatu masa dahulu. – MYNEWSHUB

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top