.... Sidang DUN Terengganu: Rakyat Hadir Memberi Sokongan Kepada MB Razif | AAKJ



Orang ramai mula hadir ke Dewan Undangan Negeri Terengganu bermula jam lapan pagi tadi, keadaan dewan cukup tenang menyambut kehadiran adun-adun yang akan bersidang.

Kebanyakan yang hadir adalah daripada pelbagai golongan ahli politik dan rakyat.

Kumpulan yang besar daripada rakyat yang datang untuk memberi sokongan kepada YAB Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman dengan membawa beberapa sepanduk dan kain rentang yang memberi sokongan kepada YAB MB.

Ramai yang menanti Sidang DUN hari ini bagi mengetahui kemuncak krisis antara Adun Kijal dan MB, setelah beberapa hari ini krisis politik Terengganu menjadi tumpuan rakyat dan media.















Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top