.... Sidang DUN: Akhirnya Mat Said Sedar... | AAKJ



Ketika berlangsungnya sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini, Ahmad Said berkata beliau tidak tahu sama ada undi tidak percaya terhadap menteri besar akan diusulkan.

Ditanya soalan itu, beliau hanya berkata ringkas “Mana saya tahu” sambil tersenyum.

Ahmad Said yang tampil dengan blazer hitam dan tali leher biru muda, ketika di dirakam media.

Beliau menjadi perhatian susulan desas-desas undi tidak percaya minggu lalu, walaupun telah dinafikan Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman.

DUN Terengganu menyaksikan sesi pembukaan hari ini.

Sebelum ini, Ahmad Said yang merupakan bekas menteri besar Terengganu dilaporkan sekali lagi mengancam keluar Umno dan akan bekerjasama dengan PAS.

Walaubagaimanapun, PAS tidak berminat untuk bekerjasama dengan Ahmad Said dan lebih rela menwujudkan blok ketiga bersama PKR bagi menghadapi PRU.

Ahmad hanya perlu sokongan seorang lagi wakil rakyat BN untuk membolehkan perkara itu berlaku.

Umno Mempunyai 17 kerusi manakala pembangkang pula 15 kerusi dalam DUN.

Tetapi di laporkan Haji Hadi tidak hadir Sidang Dewan kerana masih berada di Turki dan tidak berminat untuk mengikuti perbahasan sidang dewan hari ini.

Sebelum ini, Speaker Datuk Mohd Zubir Embong telah menolak usul undi tidak percaya Ahmad Said kerana tidak mengikuti tempoh notis 14 hari.

Menurut sumber DUN, bagi sidang dewan Hari ini juga Ahmad Said juga tidak mengemukakan sebarang notis usul undi tidak percaya dan Ahmad Razif juga sebelum ini kelihatan tenang dan memberitahu tiada apa-apa perkara di luar jangkaan.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top