.... Presiden Bola Terengganu Letak Jawatan | AAKJ



Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Nizam sah meletak jawatan berkuatkuasa serta merta mulai hari ini. 

Jawatan kerusi panas badan induk bola sepak negeri itu akan dipangku sementara Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman sehingga Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PBSNT pada tahun depan. 

Keputusan itu dibuat selepas mesyuarat khas Ahli Jawatankuasa PBSNT dengan Ahmad Razif di Hotel Tabung Haji, di sini, sebentar tadi. 

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Rozi Mamat; Timbalan Presiden PBSNT, Datuk Mazlan Ngah dan Marzuki Sulong. 

Selepas itu, Ahmad Razif mengadakan pertemuan tertutup dengan pemain Terengganu bagi membincangkan kemerosotan skuad Penyu. 

Beberapa jam sebelum ini, Wan Ahmad Nizam menegaskan beliau akan meletak jawatan sekiranya Terengganu gagal mara ke saingan suku akhir Piala Malaysia.

sumber




Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top