.... Polis Tubuh Skuad 'Pokemon' | AAKJ



Polis Thailand sudah bersedia untuk menangkap pengguna jalan raya dan pejalan kaki yang bermain Pokemon Go di 10 zon utama di bandar raya ini sebagai usaha mengurangkan nahas berpunca permainan itu.

Sepasukan 50 anggota yang lengkap dengan kamera telefon bimbit akan meronda jalan raya berkenaan dan merakam mereka yang melanggar peraturan, kata pemangku ketua polis Bangkok, Sanit Matahavorn.

Langkah itu bertujuan mengehadkan kawasan tempat pemain boleh menangkap makhluk maya. Akhbar Bangkok Post melaporkan bahawa ia bermatlamat bagi mencegah orang awam ‘menangkap’ watak Pokemon di lokasi sibuk dan penuh sesak.

Polis juga akan menyasarkan operasi mereka terhadap para pemain di kawasan-kawasan utama yang ramai pengunjung dan pelancong seperti Sukhumvit dan Phaya Thai. Jalan raya utama yang turut diawasi polis termasuk Rama 1, Rama IV dan Vibhavadi Rangsit

Menurut pihak berkuasa, jumlah nahas jalan raya di kawasan-kawasan yang dikaitkan dengan permainan Pokemon Go kini semakin meningkat. Para pegawai bagaimanapun tidak dapat memberikan lebih banyak perincian.

Menurut media tempatan, denda sebanyak 1,000 baht (RM116) akan dikenakan terhadap sesiapa yang didapati terlibat dengan perbuatan yang membahayakan seperti menyekat pergerakan trafik atau bermain permainan tersebut dengan cara yang tidak sesuai.

Sepuluh jalan raya utama akan diisytihar zon tanpa pemburu Pokemon kerana pihak berkuasa mendapati jumlah kemalangan di kawasan itu semakin meningkat kesan daripada bermain permainan peranti berkenaan.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top