.... PKR Tolak Muhyiddin Jadi Ketua Pembangkang | AAKJ




PKR menegaskan tiada keperluan melantik bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai ketua pembangkang baharu.

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata Pakatan Harapan tidak pernah membincangkan perkara itu, malah ia bukan topik penting untuk diketengahkan.

Beliau berkata PKR tetap dengan pendiriannya mengekalkan presiden parti itu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai ketua pembangkang dalam menerajui Pakatan Harapan.

"Sekarang bukan soal siapa ketua pembangkang (baharu) sebab ketua pembangkang telah pun ada iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Tidak ada cadangan untuk tukar (ketua pembangkang)," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan surat kelulusan dan borang 5A Kampung Sungai Yu, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar yang memetik Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar sebagai berkata bahawa Muhyiddin boleh dilantik menjadi ketua pembangkang sekiranya Parti Pribumi Bersatu Malaysia komited dengan agenda reformasi.

Pada 9 Ogos lepas, Muhyiddin dan beberapa bekas pemimpin UMNO mendaftarkan parti itu, yang dikritik sebagai serpihan UMNO dan tanpa motif jelas penubuhannya.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top