.... Pertandingan Bina Badan Kelantan Patuh Syariah? | AAKJ




SELALUNYA, pertandingan bina badan membabitkan golongan lelaki lebih kepada menunjukkan bahagian-bahagian badan yang tertentu serta tidak dibenarkan Islam.

Peserta biasanya hanya memakai seluar dalam dan akan mendedahkan bahagian tubuh yang lain agar dinilai dan dinobatkan sebagai juara.

Tetapi, baru-baru ini, negeri Kelantan telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan acara tersebut dengan berkonsepkan patuh syariah.


Pertandingan yang diadakan pada 27 Ogos lalu diberi nama ‘Pertandingan Badan Cantik Mr Awang Selamat’ dan peserta wajib memakai seluar melepasi paras lutut dan mengenakan kain tambahan pada bahagian pinggang.

Sebelum ini, pertandingan bina badan diadakan di negeri itu pada tahun 2011, namun ia terpaksa dihentikan kerana tidak mematuhi syarat ditetapkan kerajaan negeri.

Perdebatan mengenai aurat lelaki dan hukum menyertai acara bina badan pernah dijelaskan oleh penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus.

Ustaz Azhar Idrus dalam rakaman YouTube berkata hukum menyertai acara bina badan adalah haram sekiranya ia kerap disertai, namun jika berkonsepkan Islam, ia dibenarkan.

“Jika dibuat mengikut cara Islam, ia dibolehkan. Acara bina badan lelaki, di mana golongan perempuan tidak boleh menyaksikan acara tersebut, (dan peserta) lelaki memakai seluar (menutup bahagian) lutut sampai ke pusat, atas boleh dibuka (didedahkan),” katanya dalam rakaman tersebut. -MYNEWSHUB

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top