.... Pengerusi Tetap Wanita UMNO, Suami Dan Anak Maut Dikelar | AAKJ



Pengerusi Tetap Wanita Umno Tangga Wanita Mariah Baahrom, suami dan anaknya ditemui mati dipercayai dibunuh dengan leher mereka dikelar dalam satu kejadian 'amuk' awal pagi ini.

Wanita berusia 62 tahun itu bersama suaminya Hassan A Wahab, 70 dan anak lelaki mereka Taufik 22, ditemui mati di Kampung Bertam Malim, Melaka, lapor versi dalam talian New Straits Times.

Sementara itu anak-anak perempuan pasangan itu Noraslinda, 27 dan Noraqida, 24 serta seorang wanita berusia 80 tahun cedera parah.

Dipercayai penyerang merupakan anggota keluarga berkenaan.

Lelaki berusia 26 tahun itu melarikan diri tetapi ditahan di perkarangan Masjid Bukit Rambai dalam jarak beberapa kilometer dari tempat kejadian kira-kira jam 11 pagi.

Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kes bunuh, lapor Bernama.

Ketua Polis Melaka Datuk Ramli Din dipetik berkata rumah tersebut didiami lapan penghuni dan salah seorang daripada mereka tidak berada di tempat kejadian kerana keluar bekerja.

Beliau berkata pihak polis mengesyaki suspek merupakan penagih dadah tegar dan motif pembunuhan masih disiasat.

Sementara itu seorang jiran mangsa, Norashikin Mohd Arifin, 30, berkata beliau terdengar suara orang meminta tolong dari rumah berkenaan pada pukul 6.30 pagi sebelum meminta seorang lagi jiran untuk memeriksa punca jeritan tersebut.

"Saya cepat-cepat telefon polis setelah mengetahui ada kejadian tidak diingini di rumah jiran saya itu.

"Keluarga itu tidak mempunyai masalah dengan jiran lain, mereka amat mesra dengan semua orang," katanya, lapor Bernama.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top