.... Olimpik Rio, Kumpulan Anti Najib Malu Atau Benci Untuk Bertepuk Tangan | AAKJ



Bermula dengan kejutan pingat perak oleh Pandelela dan Jun Hong di acara terjun papan anjal, kontijen Malaysia mula mengorak kejayaan walaupun belum tahu apa warna medal yang bakal diperolehi melalui kejayaan menjejak kaki ke pertandingan akhir badminton bergu lelaki dan bergu campuran. Yang pasti apabila sudah melangkah ke final maka pingat perak sudah dalam genggaman.

Meriah warga internet dengan pelbagai kata tahniah samada melalui lakaran tulisan maupun ada yang lebih peka, mereka membuat perbandingan kejayaan antara pemimpin sebelum dan ketika ini, terutamanya perbandingan antara Perdana Menteri.

Tambahan pula kejayaan pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang, kelahiran Dungun Terengganu meraih pingat gangsa. Kecil cili padi, beliau buktikan susuk tubuh yang rendah bukan alasan untuk tidak berjaya. Bertambah lagi koleksi pingat dari negara kerdil ini.

Paling gah, di zaman fitnah yang berleluasa ini. Kumpulan Anti Najib yang selalu nyanyikan lagu 'rakyat terhimpit dengan GST' dan pelbagai persepsi jahat termalu sendiri. Malaysia masih mampu menghantar kontijen dengan jumlah yang sesuai dan ianya bukan satu jumlah perbelanjaan yang kecil. Lebih jauh, perbelanjaan untuk menyediakan atlit ini bukan mengambil masa seminggu dua, ianya menelan penggunaan masa yang bertahun dan Kerajaan BN di bawah pimpinan Najib Tun Razak tidak mengeluh untuk mengurus dan melahirkan atlet bertaraf dunia.

Pemimpin yang hebat apabila berjaya mengurus tadbir dalam kepelbagaian sumber bukannya berjaya lahirkan sekelumit kroni sahaja. Dan akhirnya kroni hanya mampu membeli kelab bolasepak di luar negara, apa manfaat rakyat dapat hasi dari menjadi tuan punya kelab bolasepak ini? Itulah bezanya Najib dan pemimpin sebelumnya. Zaman ekonomi dunia tidak menentu, Malaysia masih mampu lahirkah jaguh dan ganjaran sepanjang hayat untuk jaguh.
Terima kasih rakyat Malaysia yang masih menaruh kepercayaan kepada atlit negara, menang kalah kita bersama bagi dorongan. Bukannya tiba-tiba tidak mampu untuk menulis di dinding mukabuku perkataan "Tahniah" atau setidaknya klik "suka" di mana-mana status mukabuku milik kawan-kawan.
Tidak perlulah mempolitikkan kekalahan dan membisu ketika kemenangan. Kerajaan Pusat kekal konsisten perihatin terhadap pembangunan sukan negara.
Syabas dan Tahniah kepada semua atlit samada yang mencipta nama atau yang masih belum berjaya. Anda layak ke Olimpik pun sudah memadai betapa anda setanding untuk bertanding.


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top