.... "No, No, No" - Pak Lah | AAKJ



Apabila diajukan soalan tentang pendedahan Musa Hitam beberapa hari yang lau, ini jawapan Pak Lah -  
'tidak, tidak, tidak'
Pendedahan Musa Hitam di dalam buku 'Frankly Speaking', Musa mendedahkan Abdullah mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai timbalan perdana menteri sebagai syarat untuk dirinya melepaskan jawatan nombor satu.

"No, no, no," kata Abdulah

Abdullah Ahmad Badawi yang juga mantan Perdana Menteri Malaysia selepas Mahathir berkata demikian selepas menghadiri Persidangan Kebangsaan Ekonomi dan Kewangan Islam ke-3 bagi tahun 2016 di Institut Antarabangsa Kajian Tinggi Islam Malaysia (IAIS), Universiti Malaya, Kuala Lumpur hari ini.

Dalam bukunya tersebut, pelantikan Muhyiddin sebagai orang nombor dua adalah antara syarat-syarat Abdullah sebelum beliau menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Datuk Seri Najib Razak, jelas Musa Hitam.

Abdullah meletakkan jawatan pada tahun 2009 berikutan tekanan dari Umno akibat prestasi hambar BN pada pilihan raya umum 2008 dengan pembangkang menafikan BN majoriti dua pertiga di Parlimen.

BN juga hilang lima negeri pada pilihan raya itu.

Nampaknya Musa Hitam perlu perjelaskan kenapa beliau nyatakan demikian di dalam buku tersebut. 

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top