.... Namewee Ditangkap Di KLIA | AAKJ



PENYANYI rap kontroversi, Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee, 33, ditahan Polis sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang tadi, berhubung klip video yang didakwa menghina Islam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata, Namewee ditahan kira-kira jam 3.30 petang, sejam selepas dia tiba dari Taiwan.

“Dia ditahan dan akan dibawa ke Pulau Pinang bagi membantu siasatan selepas pelbagai pihak membuat laporan polis berhubung klip video yang dilakukan di Masjid Terapung, Tanjung Bungah, Pulau Pinang.

“Siasatan ke atasnya dilakukan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencemarkan tempat sembahyang dengan niat mengaibkan agama mana-mana penganut,” katanya dalam laporan disiarkan Berita Harian.

Baru-baru ini sebuah klip video berdurasi 4.05 minit memaparkan empat lelaki menyanyi dalam bahasa Mandarin menjadi viral dan menimbulkan kemarahan orang ramai kerana mempunyai unsur menghina dan memperolokkan pelbagai agama termasuk Islam.

Ekoran itu, pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan klip video berkenaan. – MYNEWSHUB

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top