.... Muhyiddin Kini Menjadi Beban Kepada Semua Pihak | AAKJ



Semalam saya menulis artikel tentang Muhyiddin Yassin sebagai presiden sementara Pribumi (BACA DI SINI). Tugas Muhyiddin hanyalah menubuhkan dan memulakan parti itu yang kemudiannya akan diambil alih oleh Mukhriz. Ia akan kelihatan pelik jika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Pengerusi parti dan Mukhriz sebagai Presiden parti. Parti tersebut akan dilihat seperti parti bapa dan anak (walaupun ianya benar) dan bukannya gerakan rakyat seperti yang cuba Pribumi gambarkan.

Ramai yang tidak percaya bahawa Pribumi adalah parti berunsur gerakan rakyat. Pribumi mengingatkan kita kepada Semangat 46, yang mana menurut Rais Yatim adalah parti jeneral tanpa askar. Jeneral-jeneral berada dalam Semangat 46, terang Rais, manakala askar-askar berada dalam PAS. Oleh itu, Semangat 46 perlu bekerjasama dengan PAS. Mereka memerlukan penyokong PAS untuk mengundi mereka kerana Semangat 46 tidak akan mendapat undi yang banyak tanpa PAS.

Segelintir penganalisis politik berpendapat, kolaborasi antara Pribumi Mahathir dan Pakatan Harapan yang dipimpin oleh DAP merupakan situasi di mana kedua-dua belah pihak menang. Sebenarnya tidak begitu. Pribumi memerlukan Pakatan Harapan lebih daripada Pakatan Harapan perlukan Pribumi. Namun begitu, adalah bijak berada dekat dengan musuh, ataupun pihak yang berpotensi untuk menjadi musuh. Dan sehingga mereka jelaskan tentang perkara berkenaan kepada 800 atau lebih kerusi parlimen dan negeri yang akan dipertandingkan di pilihan raya umum yang akan datang, Pribumi mestilah dianggap sebagai parti yang berpotensi menjadi musuh sehinggalah terbukti sebaliknya.

Lim Kit Siang tidaklah sebodoh yang disangka. Apa yang sedang dilakukannya adalah dengan mengikat Pribumi di dalam satu ikatan yang memberi lebih banyak kelebihan kepada Pakatan Harapan yang dipimpin oleh DAP berbanding kepada Pribumi. Bagi Mahathir pula, apa yang adalah selagi masa depan Mukhriz terjamin. Selagi DAP atau Pakatan Harapan sehaluan dengan Mahathir mengenai masa depan Mukhriz, keamanan dan ketenteraman antara mereka akan kekal.

Namun begitu, di sebalik tabir pula, dua “orang” Anwar Ibrahim, Ambiga Sreenevasan dan Clare Rewcastle Brown (Sarawak Report), secara senyap berkempen untuk kebebasannya supaya dia boleh dibebaskan dan membantu ‘menyelamatkan’ Malaysia. Bukankah mereka sudah ada Mahathir, Muhyiddin, Mukhriz dan kempen ‘Selamatkan Malaysia’ untuk itu? Macam mana pula dengan Pribumi, yang lahir daripada kempen ‘Selamatkan Malaysia’ dan Deklarasi Rakyat dengan 1 juta tandatangan palsu itu?



Sehingga semalam, masih ada lagi harapan agar Pribumi Mahathir boleh menjadi ‘penyelamat’ dan menjadi aset kepada Pakatan Harapan yang dipimpin oleh DAP. Tetapi kegagalan Muhyiddin untuk mendapatkan persetujuan Stanley Clement Augustin untuk membuat penyelesaian di luar mahkamah dengan isterinya, Nika Gee Siew Yee(BACA DI SINI), pada dasarnya merosakkan segala-galanya. Ini bermakna tidak ada persetujuan dicapai, seperti apa yang Malaysia Today tulis minggu lepas (Nika Gee will get only RM20 million and not RM50 million).

Parti Pribumi Mahathir tidak menjadi ‘lombong emas’ seperti yang mereka harapkan. Malah, Pribumi boleh juga dianggap sebagai paradoks. Dan ini yang merunsingkan ‘sahabat’ Pribumi dalam Pakatan Harapan. Pribumi perlukan orang Melayu untuk berjaya. Persoalannya, adakah orang Melayu perlukan Pribumi?

Ini adalah apa yang The Straits Times (Singapura) laporkan:

Tugas utama parti baru itu adalah untuk memenangi hati dan minda orang Melayu di kawasan luar bandar, yang selama ini dianggap sebagai bank undi Umno yang teguh. Pihak pembangkang berharap yang Muhyiddin dan Dr Mahathir, yang mengembangkan polisi pro-Melayu pada zaman beliau ber kuasa, menjadi suara yang bakal didengari masyarakat Melayu luar bandar.

“Untuk menjadi nilai politik tambahan, mereka perlu memenangi hati sekurang-kurangnya sebahagian masyarakat Melayu luar bandar, kerana masyarakat Melayu bandar telah terbahagi antara PKR dan PAN,” senior School of International Studies S. Rajaratnam, Oh Ei Sun memberithu The Straits Times.


Seorang Duta, Dato’ Dennis Ignatius berkata seperti berikut, sebagaimana yang dilaporkan oleh Din Merican dalam blognya:

Tiada jaminan yang Mahathir tidak akan membuat U-turn dan menyertai semula UMNO sebaik sahaja Najib meletak jawatan atau dipaksa meletak jawatan, tetapi melihat kepada keadaan sekarang, Mahathir mempunyai kuasa untuk menggoyahkan kestabilan UMNO-BN lebih daripada orang lain. Itulah yang penting sekarang ini.

Kita boleh berhujah sama ada Mahathir adalah messiah (sudah tentunya bukan), sama ada dia sudah membentuk semula pandangan berasaskan kaum beliau (mungkin tidak), sama ada dia benar-benar komited kepada prinsip-prinsip demokrasi (boleh dibahaskan), atau kita boleh ketepikan kesemua persoalan itu buat masa ini dan mengambil risiko ke atas Mahathir.

Seperti yang boleh dilihat, kebanyakkan penganalisa hanya berkata tentang 2 perkara. Yang pertama ialah Pribumi perlu fokus kepada undi orang Melayu daripada kawasan luar bandar. Keduanya, mereka perlu ‘mencuri’ undi-undi daripada Umno jika mereka ingin berjaya. Dan Mahathir sendiri yang mengesahkannya dalam entri blognya hari ini apabila dia berkata:

“Bagi rakyat luar bandar yang kebanyakannya miskin, kaum bukan sahaja penting tetapi mereka percaya ianya keperluan untuk kesejahteraan mereka. Populariti Umno disebabkan ianya adalah parti perkauman. Jika parti baru ingin bertanding dengan Umno, ia mesti memberikan keselesaan kepada rakyat di kawasan luar bandar dan rakyat bandar yang sama seperti Umno yang bersifat perkauman itu”


Fakta ini boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan kepada Mahathir dan Pribumi. Pribumi sangat bergantung harap ke atas orang Melayu dan mereka tidak langsung merahsiakan hal ini. Tetapi orang Melayu sangat sensitif terhadap seseorang seperti Muhyiddin yang mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang. Kebanyakan Melayu memandang perkara ini sebagai seburuk liwat.

Oleh kerana itu, Muhyiddin tidak lagi boleh menjadi calon presiden sementara dan perdana menteri sementara Mahathir. Mahathir perlu menghapuskan penggunaan orang tengah dan sebaliknya menjadikan Mukhriz sebagai calon secara terus. Dengan keadaan sekarang di mana Muhyiddin gagal membatalkan kes cerai Nika Gee, dia tidak mungkin lagi boleh mengekalkan kerusi Pagoh yang majoritinya Melayu dalam pilihan raya umum akan datang.

Lim Kit Siang sedang mempertimbangkan untuk menyerahkan kerusi Gelang Patang kepada Muhyiddin. DAP telah ‘menyumbat’ kerusi itu dengan ramai pengundi Cina yang bekerja di Singapura, bermakna kerusi itu selamat untuk DAP. Dan jika kerusi itu diserahkan kepada Muhyiddin, dia akan mempunyai peluang untuk menang yang lebih tinggi berbanding jika dia kekal di Pagoh.

Kegagalan Muhyiddin untuk membatalkan kes cerai Nika Gee, menyebabkan ketiga-tiga ketua bahagian Umno daripada Johor dan seorang daripada luar Johor yang sebelum itu mahu mengumumkan pembelotan mereka terhadap Umno dan menyertai Pribumi telah bertukar fikiran. Mereka mahu tunggu dan lihat dahulu sebelum membelot.

Masalahnya adalah: orang bukan Melayu juga tidak memandang ringan kes zina dengan isteri orang. Jadi, adakah orang Cina di Gelang Patah akan menerima Muhyiddin atau adakah mereka akan menolaknya seperti yang dilakukan oleh orang Melayu di Pagoh? Kita tidak akan tahu tetapi untuk selamat, Muhyiddin tidak boleh dilibatkan dan Mukhriz harus berdepan dengan Najib secara terus.

Persoalannya, dalam pilihan raya umum akan datang, siapa yang anda mahukan sebagai Perdana Menteri, Najib ataupun Mukhriz? Muhyiddin dan Anwar telah ‘ditangkap’ kerana terlibat dalam skandal seks, jadinya kita hanya ada pilihan yang sedikit. Siapa yang anda mahukan sebagai kerajaan, Barisan Nasional yang dipimpin oleh Umno atau Pakatan Harapan yang dipimpin oleh DAP?

Sudah tentulah Mahathir mahu kita bertanya, siapa yang anda mahukan sebagai kerajaan, Barisan Nasional yang dipimpin oleh Umno atau Pakatan Harapan yang dipimpin oleh Pribumi? Sebelum itu, Mahathir perlu menyelesaikan hal itu dengan Lim Kit Siang dan saya ragu-ragu yang Kit Siang akan bersetuju menjadi orang kedua kepada Mahathir apabila Mahathir tidak membawa apa-apa nilai tambah melainkan mantera ‘Umno adalah sebuah parti perkauman, jadi kita mesti memerangi perkauman melalui sebuah lagi parti perkauman seperti Pribumi’.



Malaysia Today

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top