.... Muhyiddin Cuma Presiden Parti Untuk Sementara | AAKJ



“Saya lakukan ini demi Islam dan pengikut agama yang lain,” kata Husam

(Free Malaysia Today) – “Saya melakukan ini (memfailkan saman itu) demi Islam dan penganut agama lain. Semua agama menekankan tadbir urus yang baik dan kepimpinan yang telus dana awam. Perkembangan dalam isu 1MDB memaksa saya sebagai seorang muslim untuk melihat di mana kita sebagai umat Islam berdiri dalam perkara itu, “kata Husam. (BACA SETERUSNYA DI SINI)

Ya, itu adalah kata-kata dari mulut seorang pembelot, Husam Musa sendiri. Beliau bergandigan dengan Matthias Chang untuk memfailkan saman di Amerika Syarikat demi Islam. Dia juga tinggalkan PAS untuk menubuhkan PAN kerana PAS terlalu Islam dan DAP mahu parti yang tidak berapa Islam sebagai rakan pakatan mereka.

Saya rasa al-Quran mempunyai perkataan paling tepat untuk orang seperti Husam, perkataan itu adalah munafik. Husam lebih munafik memandangkan sindiket perjudian Cina membiayai beliau sejak beliau dalam PAS lagi, menurut Malaysia Today.

Jadi Husam hanya melakukan tugas demi Islam dengan wang yang diterimanya daripada sindiket perjudian Cina. Saya rasa ia seperti PEMADAM (Persatuan Mencegah Dadah Malaysia) menerima wang daripada sindiket dadah Cina dalam usaha untuk memulihkan penagih dadah, yang majoritinya Melayu-Islam.

Apabila seseorang mengatakan dia melakukannya demi Islam, berhati-hati. Saya mempunyai seorang rakan dari Arqam yang berkata dia berkahwin lebih daripada seorang isteri demi Islam. Katanya, lebih ramai wanita daripada lelaki di Malaysia. Jadi, jika dia tidak melakukan tugas demi Islam dengan mengahwini wanita ‘lebihan’ maka dia akan melakukan dosa dengan menafikan hak wanita-wanita ini untuk menikmati seks.

Dalam perkembangan lain, semalam Haris Che Mat, bekas pegawai khas politik Mukhriz Mahathir, mendedahkan apa yang Malaysia Today telah utarakan sejak awal tahun lepas. Ketika pendedahan mula dibuat, ramai berpendapat kita memutar belitkan fakta.

Seperti yang saya katakan sebelum ini, ia mungkin mengambil masa sehingga sepuluh tahun tetapi akhirnya apa yang kita katakan akan terbukti akhirnya. Dan semalam ia telah terbukti.

Pendedahan berkaitan dengan 1MDB sebenarnya bertujuan untuk menjadikan Mukhriz sebagai Perdana Menteri. Saman yang difailkan di US juga bertujuan untuk menjadikan Mukhriz sebagai Perdana Menteri, dan bukannya demi Islam seperti yang Husam katakan. Jika Husam benar-benar mengambil berat tentang Islam, dia patutnya menderma USD10 juta yuran guaman tersebut kepada pelarian Syria dan bukannya menjadikan peguam Amerika yang telah kaya menjadi lebih kaya lagi.

Apa-apa pun, seperti yang Haris Che Mat katakan semalam, plot untuk menjadikan Mukhriz sebagai Perdana Menteri bermula pada 2013. Bagaimanapun, Mukhriz hilang peluang untuk menjadi Timbalan Presiden Umno dan mereka menyalahkan Perdana Menteri Najib Tun Razak di atas perkara itu. Kesimpulannya Najib perlu digulingkan dan mereka akan menggunakan 1MDB sebagai alasan untuk menggulingkan beliau kerana mereka tidak boleh mencari alasan lain.

Pendek kata, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mempunyai alasan untuk digunakan terhadap Najib, maka mereka perlu mencipta sesuatu dan sesuatu itu adalah 1MDB.

Selepas itu, Muhyiddin Yassin akan mengambil alih sebagai Perdana Menteri sementara, dan apabila Muhyiddin berjaya menjadi Perdana Menteri sementara, dia akan melantik Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri. Kemudian Muhyiddin akan meletakkan jawatannya dan Mukhriz akan mengambil alih sebagai Perdana Menteri.

Baca seterusnya di sini:

Mahathir finally met his match in Najib

How Mahathir used Bank Negara to sabotage 1MDB

Mahathir desperately wants the US to help his son become PM

Tetapi, mereka perlu menggulingkan Najib terlebih dahulu dengan menggunakan 1MDB sebagai alasan. Oleh itu, mereka perlu memastikan yang 1MDB gagal terlebih dahulu. Jika tidak, ia tidak akan menjadi senjata yang berkesan.

Bagi memastikan 1MDB gagal, mereka harus mensabotaj IPO dan menyekat semua pinjaman kepada 1MDB. Dan Mahathir telah menggunakan BNM, SPRM, dan Peguam Negara untuk menjatuhkan 1MDB.

Blog-blog dan agensi berita asing daripada UK, US, Australia, dan lain-lain juga disogok untuk menulis cerita negatif dan juga kononnya pendedahan mengenai 1MDB. Selain itu, ‘dokumen-dokumen bocor’ juga dipalsukan bagi menyokong ‘pendedahan’ ini.

Inilah yang telah Malaysia Today dedahkan sejak awal 2015 yang mana telah dibuktikan semalam. Secara basisnya, semuanya bertujuan untuk menjadikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri sementara supaya Mukhriz boleh bangkit dan mengambil alih sebagai Perdana Menteri tidak lama selepas itu.

Tetapi semestinya mereka tidak boleh mengaku akan hal ini. Jadi mereka berkata yang semuanya dilakukan demi Islam dan untuk menyelamatkan Malaysia. Dan jika anda percaya semua ini, maka anda juga boleh percaya yang saya masih teruna.

(Bernama) – Datuk Seri Mukhriz Mahathir mempunyai impian untuk menjadi Perdana Menteri melalui cara ‘fast track’, dakwa bekas pegawai politik khasnya, Haris Che Mat.

Haris, yang juga bekas Setiausaha Eksekutif Kedah, mendakwa bekas Menteri Besar Kedah itu mendapat sokongan bapanya, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang ingin menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuka jalan bagi anaknya.

Dia berkata, plan itu bermula semasa pilihan raya Umno pada 2013 sewaktu Mukhriz bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden Umno.

“Saya sebahagian daripada jentera kempen Mukhriz untuk jawatan Timbalan Presiden Umno pada 2013. Kebanyakkan daripada kami beranggapan ianya lebih baik untuk dia bertanding untuk kerusi Majlis Tertinggi kerana dia gagal mendapatkan jawatan Ketua Pemuda pada 2009,” dia memberitahu sidang akhbar di Pokok Sena, kira-kira 20km dari sini pada hari Isnin.

“Apabila Mukhriz kalah semasa bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden, mereka menyalahkan Perdana Menteri (Najib),”Haris berkata.

Dia berkata yang dia tidak mengikut Mukhriz menyertai Parti Pribumi tetapi memilih untuk kekal dengan Umno.

“Saya tidak mengikuti Datuk Seri Mukhriz kerana saya bersama dengan perjuangan Umno. Umno adalah satu-satunya institusi untuk perjuangan politik Melayu,” tambahnya.

Haris berkata dia melihat Parti Pribumi sebagai sekadar platform bagi merealisasikan cita-cita politik Mukhriz untuk menjadi Perdana Menteri.




Malaysia Today

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top