.... MB Razif Yakin Sidang DUN Terengganu Tiada Perkara Luar Jangka Berlaku | AAKJ



Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman mengulang keyakinannya bahawa tiada sesuatu yang diluar jangka akan berlaku di Terengganu esok.

Beliau menyifatkan ulasan sebuah akhbar mengenai kemelut politik di Terengganu sejak akhir-akhir ini adalah provokasi semata-mata menjelang sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) esok.

Beliau berkata, “tidak ada apa-apa” dan menyatakan agak kecewa dengan penulisan di akhbar yang terus menerus menulis perkara yang sama sedangkan beliau berkali-kali telah menjelaskan bahawa tiada pilihan raya negeri (PRN).

Kemelut politik di Terengganu menjadi tumpuan apabila bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal dan ADUN Ajil Ghazali Taib mengkritik kepimpinan Ahmad Razif.

Pada pilihan raya umum ke-13 yang lalu, UMNO Terengganu membentuk kerajaan negeri dengan majoriti tipis dua kerusi. UMNO menang 17 kerusi DUN, PAS (14) dan PKR (satu).

Sementara itu Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Datuk Mohd Zubir Embong berkata tiada apa yang perlu dibimbangkan tentang sidang DUN esok.

Katanya hanya keadaan di luar sahaja bising tetapi keadaan sebenar sebaliknya.

Beliau turut mengesahkan tiada usul undi tidak percaya telah dikemukakan terhadap Ahmad Razif.

“Nak tubuh kerajaan dan nak bubar kerajaan tidak mudah…bukan boleh buat terus macam tu, ada peraturannya.

“Perlu hantar 14 hari notis awal seperti ditetapkan dalam Undang-undang dan Peraturan-peraturan Tetap DUN Terengganu sebelum usul itu dimasukkan ke dalam mesyuarat, dibahas dan kemudian diundi,” katanya.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top