.... MB Razif Tanggung Sepenuhnya Perbelanjaan Pengkebumian 4 Jenazah Kemalangan Maut | AAKJ




Empat sekeluarga maut selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan lori di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Nenas, Tepoh, tengah malam tadi.


Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman turut melawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah.


Mangsa yang maut dikenali Mustapha Abdullah, 56, dan anaknya, Azman, 32, manakala dua sepupunya, Alif Faizal Ismail@Ibrahim, 26, dan Sabri Ngah, 40-an.

Difahamkan, semua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas kereta Proton Saga yang mereka naiki bertembung dengan lori tiga tan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada kira-kira jam 12.50 tengah malam tadi.

Katanya, seramai 16 anggota dari Balai Bomba Kuala Terengganu dan Balai Bomba Kuala Nerus bergegas ke tempat kejadian.

“Semua mangsa diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Bilik Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat,” katanya.

Sementara itu, seorang anggota bomba bantuan Balai Bomba Kuala Nerus, Azlan Mustapha terkejut apabila mendapati mangsa kemalangan adalah bapa dan adik kembarnya.

Azlan berkata, ketika kejadian dia sedang bertugas di Balai Bomba Kuala Nerus dan bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan. “Sebaik tiba, luluh hati saya apabila melihat mangsa adalah ahli keluarga sendiri,” katanya.

Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman turut melawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah pagi ini. Menurutnya segala kos pengebumian 4 mangsa kemalangan itu akan ditanggung sepenenuhnya oleh beliau.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top