.... Mat Said Ada Bertemu PAS Terengganu - Wahid Endut | AAKJ



Bekas pesuruhjaya PAS Terengganu Abdul Wahid Endut menasihatkan bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Said agar bersabar dan tidak membuat keputusan terburu-buru untuk 'menjatuhkan' Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman.

Abdul Wahid berkata, ini kerana, PAS tidak mahu memerintah negeri itu dalam keadaan yang tidak stabil.

Beliau mendakwa kononnya Terengganu kini berdepan dengan pelbagai hutang dan mendakwa negeri tersebut tidak mempunyai wang akibat daripada pelbagai projek yang dilakukan antaranya Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 2.

"Bagi kita, kalau jatuhkan dia sekarang atau buat usul undi tak percaya, dia jatuh. Mungkin kita boleh menang kalau Mat Said bersama kita.

"Tapi pilihan raya tahun depan, kita ada beberapa bulan je lagi. Apa kita (PAS) boleh buat kalau (pilihan raya) dalam masa setahun atau empat, lima bulan akan datang?

"Kalau menang pilihan raya pun dalam waktu singkat. Kita tak ada kesempatan untuk buat apa-apa perubahan yang besar dalam keadaan kita (Terengganu) yang tak ada duit. Hutang pula banyak. Terengganu kini teruk," katanya ketika ditemui di Kuala Terengganu.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam itu juga berkata, sebelum ini PAS ada bertemu dengan Ahmad Said ketika di awal peletakkan jawatannya sebagai menteri besar.

Malah, baru-baru ini juga terdapat pertemuan antara parti Islam itu bersama ADUN Kijal itu.

Namun Abdul Wahid berkata, beliau tidak boleh mendedahkan sebarang perkara yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut.


Sehubungan itu, Abdul Wahid berkata, sebarang keputusan yang ingin dibuat Ahmad Said adalah terpulang kepada dirinya sendiri.

"Tapi apa pun terpulanglah kepada Mat Said," kata Abdul Wahid yang telah menjadi wakil rakyat di Terengganu selama 26 tahun.

Bernama kemudian melaporkan Ahmad Said menafikan beliau akan bekerjasama dengan PAS sekiranya Ahmad Razif tidak berundur dan gagal menyelesaikan kemelut politik yang melanda negeri ini.

Ahmad Said dilaporkan berkata beliau masih anggota Umno dan tidak pernah membuat kenyataan seperti yang dilaporkan.

"Tidak... saya tidak pernah membuat kenyataan tersebut. Siapa yang kata saya akan bergabung dengan PAS? Saya masih anggota Umno hingga hari ini," beliau dipetik oleh Bernama sebagai berkata.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top