.... Mahathir Masuk IJN, Masalah Jangkitan | AAKJ



Mahathir dilapor dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur kerana mengalami masalah jangkitan.

Memetik kenyataan institut itu, laporan menyebut bekas perdana menteri 91 tahun itu dijangka diletak bawah pemerhatian untuk beberapa hari.

Beliau dimasukkan ke wad atas nasihat pasukan perubatan dan kunjungan dibataskan terhadap anggota keluarga sahaja.

Keadaan itu membuatkan beliau tidak dapat bersama bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendaftarkan sebuah parti politik baru di Putrajaya.

Mahathir dilantik sebagai pengerusi parti yang menyasarkan penyertaan anggota Umno yang tidak puas hati dengan kepimpinan presidennya Datuk Seri Najib Razak.

Mahathir pernah menjalani pembedahan pintasan jantung susulan serangan jantung.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top