.... Mahathir Lepak Santai Di Langkawi, Demo Mencari Maria Ozawa Dibatalkan | AAKJ



DATARAN Merdeka sepatutnya menjadi lokasi utama perhimpunan haram demo tangkap MO1 hari ini, namun disebabkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membatalkan kehadiran beliau ke lokasi tersebut maka perarakan ke Dataran Merdeka dibatalkan.

Memetik status dilaman sosial Facebook, Kelab Che Det, Mahathir sebenarnya kini sedang berada di Langkawi. Status tersebut di kemaskini beberapa jam yang lalu. Beliau bermalam terlebih dahulu di Pulau Pinang setelah menghadiri satu majlis di Ketereh sebelum bertolak ke Langkawi pada pagi ini.

Jika dinilai dari status ini, nyata sekali apa yang dilaporkan oleh MalaysiaKini, jelas satu pembohongan untuk menarik lebih ramai peserta demo untuk menyertai demo haram ini.

Menariknya, jika benar Tun M kini berada di Langkawi, jelas sekali beliau awal-awal lagi sudah melarikan diri. Mungkin kerana beliau mendapati, demo seumpama ini bakal menemui kegagalan berikuta sambutan yang cukup mengecewakan.

Sebelum ini Mahathir melarikan diri dari keadaan yang tidak menyebelahi beliau. Peristiwa Memali dahulu telah membuktikan bahawa beliau tidak akan membiarkan namanya terkait dengan mana-mana operasi yang beliau nampak, akan memburukkan namanya.

Pada peristiwa berkenaan, beliau dikatakan berada di China dan membiarkan timbalannya pada ketika itu, Tun Musa Hitam mengendalikan operasi Memali berkenaan. Namun, hakikat yang gagal Mahathir nafikan adalah, beliau ada di Kuala Lumpur seperti yang didedahkan oleh ramai pihak termasuk Tun Musa Hitam sendiri.

Kini, peserta #tangkap MO1 sekali lagi ditipu oleh khabar angin yang mengatakan Mahathir akan hadir. Walhal, beliau sendiri berada di Langkawi dan hanya mengikuti perkembangan demo, menerusi pegawai-pegawainya sahaja.

Jurucakap himpunan haram tersebut Anis Syafiqah Md Yusof mendakwa perhimpunan haram hari ini akan dibantu kawal selia oleh DAPSY dan AMANAH. Nampaknya semua kekacauan dan huru hara ini didalangi oleh DAP. Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka. Dengan ini rakyat dapat melihat wajah sebenar DAP yang berada dibelakang perhimpunan haram tersebut.


PRU14.tv

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top