.... Mahasiswa Berhaluan Pembangkang Bakal Rempuh Sekatan Polis Di Dataran Merdeka? | AAKJ



Kumpulan mahasiswa khabarnya amat yakin akan mengumpulkan ribuan peserta dalam demostrasi haram di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut sumber, demostrasi haram ini dijangka bermula pada jam 2 petang, beberapa lokasi pertemuan ditetapkan, antaranya pusat beli belah Sogo yang dipimpin mahasiswa dan aktivis serta Masjid Negara yang dijangka bakal dipimpin oleh pemimpin parti pembangkang, mungkin Mat Sabu.

Tambah sumber, mereka kemudian dijangka berarak ke Dataran Merdeka.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dikatakan tidak memberikan kebenaran untuk kawasan bersejarah itu digunakan. Dan pihak polis pula memberi amaran bertindak jika ia dilangsungkan.

Jelas sumber lagi, dalam demostrasi haram hari ini, hanya aktivis pelajar dibenarkan memberi ucapan di Dataran Merdeka.

Mahathir dijangka hadir dalam acara hari ini.

Ikuti laporan langsung Aakj dari Dataran Merdeka bermula jam 1 petang ini.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top