.... “Kerap Main Golf Di Luar Negara Bukan Bukti Saya Kaya” – Muhyiddin | AAKJ



Aakj memang respek pasukan siber pakatan haram. Mereka boleh menjadi apa saja dan sangup berbuat apa sahaja asalkan parti yang mereka sembah mendapat untung. 

Samada individu berkenaan pernah memaki parti mereka ataupun menghina parti anutan mereka satu ketika dahulu, ianya bukanlah masalah besar bagi barua barua ini. Yang penting bila arah sokongan bertukar seperti Muhyiddin Yassin maka pasukan siber yang diupah dedak ini akan menjulang Muhyiddin ke langit. Seolah-olah sucilah dosa Muhyiddin terhadap mereka selama ini.

Baca apa kata media totok penyembah pakatan haram:

Sejak diumum akan mengikuti jelajah PKR ke seluruh negara kelmarin dan menuduh UMNO ibarat sebuah kereta buruk,, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diasak teruk dengan pelbagai dakwaan yang menunjukkan beliau memperolehi banyak kemewahan ketika berada dalam UMNO.

Antara lain kekerapan Muhyiddin bermain golf di luar negara bersama rakan-rakannya yang disifatkan ramai sebagai bukti Muhyiddin memang mewah ketika berada di dalam UMNO dan hanya mengata macam-macam kepada parti itu bila sudah dibuang.

Muhyiddin dalam satu kenyataan kepada pembantunya pula, menafikan menjadi kaya ketika berada dalam UMNO. Menurut Muhyiddin semua hartanya sekarang adalah diperolehi hasil dari pendapatan sebagai ADUN, bekas Menteri Besar Johor, Ahli Parlimen, Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Bermain golf di luar negara seperti yang didakwa itu bukanlah bukti tunggal untuk mengatakan Muhyiddin adalah seorang yang kaya. Biasalah di Malaysia ini rakyatnya bermain golf di luar negara berikutan kemudahan permainan golf yang terhad di negara ini, selain kosnya yang dikirakan murah di luar sana berbanding dalam negara.

Lagipun kebanyakkan dari perbelanjaan bermain golf ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri adalah ditanggung oleh kerajaan, bukan guna duit poket sendiri, katanya lagi. Betul juga, kalau kaya, tidaklah main golf di luar negara guna duit kerajaan.

Maka itu, adalah tidak adil sama sekali perkara ini (bermain golf di luar negara) dijadikan petunjuk bahawa Muhyiddin kaya semasa dalam UMNO, Tak betul tu. Muhyiddin mendakwa, kehidupannya tidak jaub beza dengan bekas Timbalan Perdana Menteri yang terdahulu seperti Musa Hitam, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ghafar Baba dan sebagainya.

Mana ada kaya..

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top