.... Kenapa 1MDB Berterusan Disakiti, Dibenci Dan Dikontroversikan | AAKJ



1MDB: SEKILAS FAKTA YANG NYATA

1. Saya berpeluang mendengar dari mulut susuk tubuh yang diamanahkan mengetuai operasi 1MDB dan memulihkannya yakni Arul Kandasamy dalam satu taklimat khas pada 4 Ogos yang lalu.

2. Rupanya, 1MDB adalah model perniagaan yang telah menimbulkan sakit hati kelompok kroni-kapitalis yang selama ini merajai hampir 22 tahun tembolok kekayaan Negara secara halus dan senyap.

3. Hakikatnya, isu 1MDB (sebelum plan pemulihan dilaksanakan Februari 2015) telah dikesani menerusi siasatan PAC. Pengurusan yang lemah, struktur modal yang tidak sepadan dengan operasi perniagaan dan hutang luar jangka antara isu dikenalpasti. Melalui plan rasionalisasi 3 isu ini sedang diatasi dan berjaya diatasi, namun lebih ramai yang berminat untuk membincangkan perihal 1MDB dari sudut ‘politik’ berbanding perspektif perniagaan.

4. Realitinya juga, Wang 1MDB sejumlah RM42 bilion tidak pernah hilang. Komitmen perniagaan yang dibuat antara 1MDB dan IPIC, PetroSaudi serta ABRAR dipenuhi dan diperundangkan dengan jelas. Setelah selesai urusan pembayaran kepada dua entiti berkenaan dengan 1MDB memperoleh aset, bon jaminan yang matang sehingga 2026, terpulangnya kepada dua organisasi tersebut untuk membelanjakan wang pelaburan mengikut keperluan mereka.

5. IPIC yang merupakan rakan niaga utama 1MDB dimiliki oleh anak Raja Abdullah, penguasa Arab Saudi, syarikat yang dijamin dan memperoleh penarafan antarabangsa. Kesemua urusniaga IMDB adalah antara IPIC, subsidarinya PetroSaudi dan ABRAR, tidak ada kena mengena dengan individu seperti Riza Aziz dan Jo Lhow.

6. Berasaskan fakta yang jelas, menerusi plan rasionalisasi 1MDB, bermula Febuari 2015, hutang jangka pendek 1MDB kepada institusi perbankan berada dalam keadaan sifar. Tunai ditangan dalam bentuk simpanan di bank, berjumlah RM2bilion. Aset mencecah 52 bilion dan menerusi komitmen pelaburan serta pembangunan strategik jangka panjang, usahasama di TRX dan Bandar I Malaysia serta Bandar Air Hitam Pulau Pinang dijangka memberi pulangan RM50 bilion.Peliknya, kejayaan ini tidak digembar-gemburkan, sebaliknya berita sensasi yang mendapat tempat.

7. Kenapa 1MDB dicemburi oleh pakatan kroni-kapitaslime yang bernaung dibawah sang penguasa yang memerintah Negara selama 22 tahun?. Ia dicemburui dan disakiti kerana konsep pembangunan yang diamanahkan kepada 1MDB berbeza dengan konglomerat lain seperti Berjaya Group atau YTL. Selain membangunkan projek sedia ada, pembangunan sekitar juga menerima manfaatnya. Contoh, pembangunan bercampur di Bandar 1Malaysia(Sungai Besi). Sebagai pampasannya, 1MDB dimestikan membina 8 buah kem tentera dan Pusat Latihan Polis bernilai RM2.4 bilion di seluruh Negara. Bermakna keuntungan 1MDB diagihkan dalam bentuk tanggungjawab sosial korporat selain meringankan bebanan perbelanjaan pembangunan pihak kerajaan”.

8. Lebih banyak Isu 1MDB digembar-gemburkan sebenarnya menerusi sensasi hasil kebocoran maklumat dari dalam PAC sendiri disebabkan 5 anggotanya adalah pemimpin kanan parti pembangkang. Mereka hanya berminat mencari salah urustadbir kerajaan berbanding usaha membaiki serta mencadangkan input berguna kepada pengurusan 1MDB. Apabila dihebahkan, banyak fakta diselewengkan bagi menimbulkan kebencian masyarakat, walhal urusan perniagaan perlu ditangani secara urusan perniagaan bukan melibatkan elemen politiking.

9. Dari mana timbulnya kontroversi wang RM2.6 bilion yang sering dikaitkan dengan 1MDB?. Wang tersebut adalah derma dari keluarga diraja Arab Saudi, disahkan oleh Menteri Luar Kerajaan Arab Saudi, dimanfaatkan oleh PM untuk belanja PRU ke-13, dan bakinya dikembalikan. Diperakui berdasarkan dokumen surat menyurat oleh Bank Negara, disiasat oleh Jabatan Peguam Negara, SPRM, dan juga PDRM. Tidak ada bukti rekod transaksi pemindahan wang dari 1MDB, kepihak ketiga dan PM sendiri. Rumusannya tiada kes, yang seringkali menjadikan ianya satu kes adalah parti pembangkang, walhal derma PRU untuk DAP berjumlah RM1.5 bilion sehingga kini tidak dijelaskan sumbernya dari mana dan kemana ia dibelanjakan.

10. Ada tuduhan liar yang menyatakan IMDB menngunakan wang rakyat dalam operasi perniagaanya?. Benarkah kenayataan ini?. Hakikatnya, modal asas 1MDB RM1Juta datangnya dari geran kerajaan. Modal tambahan perniagaan 1MDB, diperoleh melalui pinjaman bank(jangka pendek, sederhana atau jangka panjang) yang dijamin dengan bon terbitan kerajaan. Tidak timbul istilah penggunaan wang rakyat digunakan sebagai modal perniagaan 1MDB. Demikian juga bayaran balik pinjaman perniagaan, semuanya dibayar hasil keuntungan operasi niaga dan juga penjualan asset yang dimiliki 1MDB setelah mendapat tawaran pembelian yang menguntungkan.

11. Lantas, kenapa 1MDB berterusan disakiti, dibenci dan dikontroversikan?. Satu darinya kesan proses pengambilalihan IPP diseluruh Negara oleh 1MDB yang diletakkan di bawah EDRA Energy. Pengambilalihan ini menyebabkan 1MDB berjaya meyakinkan TNB untuk menurunkan tariff tenaga elektrik sebanyak 1 sen. Penyerapan IPP dengan dimiliknegarakan telah menguntungkan pengguna berbanding amalan sebelum ini yang bukan sahaja membebankan pengguna, malah satu urusniaga yang tidak adil kepada TNB.

12. Bagaimana pula pertuduhan yang dikenakan oleh Jabatan Keadilan Amerika ke atas Riza Aziz dan Jo Lhow yang dikaitkan mencuri dana 1MDB?.Pertuduhan ke atas Riza Aziz dan Jo Lhow dengan dakwaan mengubah wang haram dan mencuri duit adalah tuduhan jenayah. Persoalan yang mengundang kehairanan ialah kenapa Jabatan Keadilan Amerika membuat tuntutan sivil ke atas mereka. Dan jika 1MDB terlibat kenapa pihak 1MDB tidak pernah dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kes ini?. Pelik bukan?.

13. Kemana sebenarnya wang IMDB dilaburkan?. Wang 1MDB dilabur dalam IPIC, PETRO SAUDI DAN ABRAR menerusi mekanisme dan syarat perjanjian yang sah. Secara analogi mudah, si A membeli sebuah kereta dari si B. Si B membuat arahan pembayaran agar si A membayar tunai kepada si B, sejumlah RM70 ribu dan bakinya RM30 ribu dibayar dalam akaun kepada rakan si B. Kemana wang dibelanjakan oleh rakan si B, bukan lagi dalam pengetahuan pembeli si A. Prinsip penting, kereta beserta geran kereta yang ditukar nama kini sudah menjadi milik pembeli si A. Demikianlah transaksi antara 1MDB, IPIC, ABRAR dan PETROSAUDI. Jika Jabatan Keadilan Amerika ingin memulangkan wang yang dikatakan dicuri dari 1MDB, padahal tidak, maka 1MDB pasti beroleh untung dua kali ganda.

14. Inilah faktanya, dan inilah realiti sebenar operasi 1MDB. Namun kejayaanya ditolak, sebaliknya kerana iri hati kelompok kroni-kapitalis, 1MDB terus dimusuhi. Motifnya, tentulah anda sendiri yang punyai jawapannya…

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top