.... "Janji Perempuan Melayu" | AAKJ




AHLI perniagaan, Kuan Chee Heng yang digelar sebagai ‘Hero Malaya’ dikalangan netizen selepas membantu sebuah keluarga sebelum ini, sememangnya layak dijadikan contoh oleh orang ramai.

Ini kerana tindakannya baru-baru ini dipuji apabila dia sekali lagi menolong wanita yang sama dengan memberikan sedikit modal buat wanita itu bagi memulakan perniagaan.

Ibu kepada lapan anak, Puan Mareeya dikhabarkan telah memulakan perniagaan nasi lemak setelah Kuan memberikan wang berjumlah RM400 kepadanya lalu membolehkan wanita itu berniaga secara kecil-kecilan.

Memetik kemas kini terbaharu di laman sosialnya, Kuan turut berkongsikan pengalamannya dijamu nasi lemak oleh Puan Mareeya ketika dia berkunjung ke warung wanita itu di Seri Kembangan.



“Melawat Puan Mareeya yang mempunyai anak .Beliau meminta wang pendahuluan untuk berniaga nasi lemak untuk membela 8 anak nya.

“I bagi RM 400 dan hari ini terus beliau start niaga di PUJ 3 depan supermarket Super Save. Dia hari ini sempat belanja saya makan nasi lemak. WELL DONE, rezeki halal dan saya sungguh happy beliau dapat memberikan makan kepada 8 anak anak nya. SYABAS,” tulisnya.



Bagi anda yang mungkin kurang mengenali Kuan, beliau merupakan seorang yang begitu obses dan komited untuk membantu mereka yang kurang berdaya di luar sana.

Syabas sekali lagi kami ucapkan kepada Kuan dan semoga kisah positif yang dikongsikan daripada Kuan dapat dijadikan ilham, juga inspirasi buat semua rakyat Malaysia. -MYNEWSHUB.CC

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top