.... Ini Kisah Olimpik Saya - Goh Liu Ying | AAKJ



Goh malam tadi berkongsi pandangan ikhlasnya tentang perjalanan luar biasanya ke Sukan Olimpik Rio di Facebook.
Pingat Olimpik, bagi saya, adalah satu impian yang jauh. Untuk dapat berdiri di atas podium Olimpik adalah satu fantasi.

Saya adalah kumpulan pertama pasukan beregu campuran Malaysia. Sebelum ini, pasukan beregu campuran Malaysia dibentuk tanpa persediaan dan perancangan yang sebenar.

Ketika itu, tumpuan negara hanya pada perseorangan lelaki dan pasukan beregu lelaki. Rakyat juga hanya berminat dengan pemain lelaki badminton.

Dua tahun lalu, semata-mata untuk beraksi di Sukan Olimpik, saya menjalani pembedahan untuk merawat kecederaan di kedua-dua lutut.

Titisan air mata

Pada awalnya, matlamat kami hanya untuk mempamerkan persembahan yang membanggakan di peringkat kumpulan. Kemudian, apabila kami berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir, saya fikir kami ada peluang untuk mendapatkan pingat gangsa.

Apabila kami menang dalam perlawanan separuh akhir, saya rasakan seperti dalam mimpi.

Adakah saya benar-benar menang? Adakah ini bukan mimpi? Saya banyak kali bermimpi bagaimana betapa hebatnya jika dapat berdiri di atas podium.

Pada perlawanan akhir, kami berdepan dengan pasukan Indonesia yang begitu mantap, dan kami kami tidak bermain seperti yang dijangkakan.


Ramai yang mengharapkan kami boleh mendapatkan pingat emas Sukan Olimpik pertama untuk Malaysia tetapi malangnya, kami gagal mempamerkan perlawanan yang baik.

Berdiri di atas podium dan ketika bendera negara kita dinaikkan, titisan air mata saya mula berguguran.

Sebelum ini saya hanya boleh impikan saat berkenaan dan langsung tidak terlintas di fikiran saya ini akan menjadi kenyataan.

Ranking kami di Sukan Olimpik adalah di tempat kelapan dan ada begitu banyak pesaing yang lebih baik.

Saya hanya Goh Liu Ying. Saya tidak mempunyai pencapaian luar biasa seperti seperti pasukan China, saya tidak mempunyai prestasi mantap pasukan Korea, saya tidak mempunyai strategi taktikal pasukan Eropah san saya juga tidak mempunyai pengalaman seperti pasukan Indonesia.

Saya hanya Goh Liu Ying.

Saya tidak dilahirkan dengan susuk tubuh seorang olahragawan. Ketika orang lain menamatkan latihan yang ditetapkan oleh jurulatih kami, saya hanya mampu melengkapkan separuh latihan sahaja.

Saya tidak dapat membina otot seperti atlet lain. Dengan otot yang lebih kecil, perlindungan menjadi kurang dan saya terdedah kepada kecederaan.

Oleh kerana baru menjalani pembedahan, saya juga tidak dapat berlatih terlalu keras. Kedua-dua khaki saya tidak sekuat mana berbanding pemain lain.

Saya Goh Liu Ying. Saya adalah pemenang pingat perak beregu campuran badminton Sukan Olimpik Rio. Ini adalah kebanggan seumur hidup saya.

sumber

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top