.... Hanya Kerana Umat Islam Tersinggung, Bukan Jenayah - Anak Mahathir | AAKJ



Aktivis hak asasi manusia, Marina Mahathir yang merupakan anak perempuan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini tampil mempertahankan rapper kontroversi, Namewee yang ditahan atas dakwaan menghina Islam.

Namewee dan beberapa individu lain sebelum ini mengundang kecaman umat Islam apabila aksi mereka menyanyi rap dan menari dalam sebuah masjid di Pulau Pinang tersebar melalui sebuah video klip baru-baru ini.

Memetik kenyataannya yang dilaporkan portal FMT, Marina menyifatkan tindakan polis menahan Namewee adalah melampau dan mungkin didorong oleh keperluan untuk memuaskan hati umat Islam yang tersinggung dengan tindakan artis tersebut.

“Kita tidak boleh terus tunduk kepada orang-orang yang menghabiskan sebahagian besar masa mereka yang tersinggung. Saya rasa agak tersinggung bila mereka tersinggung,” katanya secara berjenaka.

Mengulas lanjut, Marina berpandangan sepatutnya pihak polis tidak perlu sampai ke tahap mengambil tindakan menangkap Namewee.

“Ia tidak sepatutnya diperlakukan begitu. Pihak berkuasa perlu melihat video dengan betul dan mengetahui apa undang-undang yang diingkari.

“Hanya kerana orang (umat Islam) yang tersinggung, ia tidak bermakna bahawa ia adalah satu jenayah,” katanya lagi.

Marina sebelum ini pernah mengundang kontroversi apabila mempertahankan penggunaan kalimah Allah oleh gereja Kristian selain turut mengecam tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merampas kitab Bible berbahasa Melayu yang mempunyai kalimah Allah. – SuaraTV

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top