.... 'Gantung' Sahaja Mat Said, Beri Laluan Kepada Timbalannya | AAKJ



UMNO pusat perlu membuat keputusan dengan kadar segera tentang perilaku Mat Said yang dilihat tidak berkesudahan.

Penyakit sawan beliau muncul apabila tiba hari sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu. Mulalah kedengaran nada mengugut supaya Menteri Besar ditukarkan dan amat memalukan apabila beliau yang sendirinya mewakili Barisan Nasional yang mengusulkan di Sidang DUN supaya MB Razif digugurkan atau diundurkan sebagai Menteri Besar.

Mat Said menggunakan apa sahaja alasan sebagai sandaran kononnya Mb Razif tidak mampu mengurus tadbir negeri dengan baik dan jauh beliau lebih baik daripada MB Razif. Orang kampung bolehlah beliau tipu dengan pelbagai reka fitnah tetapi beliau lupa, tidak semua orang kampung terutama di Kemaman termakan dengan hasutan dan rekayasa cerita beliau demi dendam peribadi.

Terbaru, Mat Said perbodohkan orang Kemaman kononnya MB Razif menggadai telaga minyak Bertam yang beliau dakwa milik kerajaan Terengganu. Beliau cuba sembunyikan fakta tentang perundangan pemilikan telaga minyak vs jarak batu nautika. Bayangkan seorang bekas Menteri Besar Terengganu cuba menjadikan diri sendiri bodoh di dalam isu yang begitu jelas kedudukannya. Sampai bila Mat Said ingin menjadi lembu kepada nafsu serakah Mahathir?

Memalukan apabila Mat Said cuba menimbulkan persepsi jahat apabila mengatakan bajet untuk rakyat Kemaman ditarik balik? Benarkah? Atau bajet tersebut diuruskan oleh pegawai khas yang dilantik MB. Rakyat Kemaman kekal merasai cuma Mat Said sahaja yang tidak berkuasa lagi ke atas bajet lokal tersebut. Ini lumrah yang tidak perlu dipolitikkan apabila hala tindakan Mat Said bukan lagi bersama dengan kepimpinan UMNO BN Terengganu. Langkah yang bijak dari MB Razif. Cuma untuk gantung keahlian dan jawatan UMNO ini bukannya di tangan MB Razif tetapi kuasa UMNO Malaysia.

Di sinilah UMNO Pusat perlu lihat betapa wujudnya gangguan yang maha dasyat di Kemaman untuk UMNO terus menjalankan khidmat bakti kepada pengundi dan rakyat di sana. Selagi Mat Said tidak digantung tugas beliau sebagai Ketua UMNO Bahagian, selagi itulah beliau akan merasakan betapa UMNO Malaysia amat takut kepadanya. Malah UMNO Kemaman bakal menghadapi masalah di PRU14 sekiranya UMNO Malaysia masih membiarkan Mat Said bertindak sesuka hati hingga memalukan UMNO BN Terengganu itu sendiri. Bertindaklah dan berilah kuasa mentadbirurus kepada Timbalan Ketua Bahagian bersama Ajk Bahagian yang lain untuk sempurnakan amanah yang diberi. - Pemimpin Senior UMNO Terengganu
Juga, UMNO tidak hina sekiranya mengadakan Pilihanraya Negeri sebagai langkah terakhir menamatkan kemelut dalaman parti yang boleh merosakkan nama baik UMNO BN itu sendiri.

Mungkin ada baiknya PRN ini. Dapat membersihkan parasit yang ada dengan menamakan calon yang baru dan lebih setia kepada semangat kerja berpasukan di bawah satu kepimpinan. MB Razif boleh menamakan calon baru wakil rakyat dan kena berani membuat keputusan. Yakinlah rakyat Terengganu sudah muak dengan polemik politik berkepentingan peribadi ini.

Bayangkan bagaimana semalam, menurut sumber Ghazali bersama beberapa orang Adun Terengganu bertemu PM Najib hanya kerana kegilaan ingin menjadi Menteri Besar namun malu sendiri apabila PM minta mereka balik dan setia kepada MB Razif!

Belum habis drama gila ingin menjadi MB ini. Semua orang tahu siapa YB Ghazali dan aakj harap beliau sedar sebelum terlambat. Kapal BN Terengganu masih kuat dan sedikit pun tidak gentar untuk hadap PRN!


Sampai bila UMNO BN Terengganu perlu hidup di bawah politik ugutan?

Kepada MB Razif, #beStrong!!

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top