.... Foto Kanak-Kanak Bunuh Banduan Syria | AAKJ



RAQQA: Kumpulan Daesh (ISIL) menayangkan video terbaharu menggemparkan yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki British membunuh banduan dengan sepucuk pistol di Syria. 

Kanak-kanak lelaki bermata biru itu yang dikenali dalam video itu sebagai Abu Abdullah al-Britani adalah seorang daripada lima kanak-kanak yang melaksanakan hukuman mati ke atas beberapa warga Kurdis di bandar Raqqa. 

Semua kanak-kanak lelaki itu dipercayai berasal dari Britain, Mesir, Turki, Tunisia dan Uzbekistan. 

Mereka memberikan ucapan dalam bahasa Arab sebelum mengacukan senjata dan menghukum mati beberapa lelaki yang melutut di depan mereka. 

Penghukum kanak-kanak itu dipercayai dalam lingkungan usia 10 ke 13 tahun, memakai pakaian celoreng dan bersarung tangan hitam manakala muka mereka dipaparkan secara jelas. 

Salah seorang daripada mereka menjerit dalam bahasa Arab: "Tiada siapa boleh menyelamatkan Kurdis walaupun dengan sokongan Amerika, Perancis, Britain, Jerman dan syaitan di neraka," dalam bahasa Arab. 

Mereka kemudian mengacukan pistol ke bahagian belakang kepala banduan itu dan melepaskan tembakan. 

Namun begitu, tiada maklumat mengenai bila video itu dirakamkan. - Agensi


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top